◉ HEADLINES

Wartawan TV Palestin mangsa terbaru Israel, maut selepas sejam buat liputan berita

Mohamad bersama 11 anggota keluarganya termasuk isteri, anak serta abangnya terkorban dalam serangan udara Zionis di rumah mereka di Khan Younis

10:29 AM MYT

 

KUALA LUMPUR — Suasana menyayat hati berlaku kepada wartawan penyiaran TV Palestin, Salman Al-Bashir ketika membuat liputan mengenai kematian rakan setugasnya, Mohammad Abu Hattab di sebuah hospital.

Mohamad bersama 11 anggota keluarganya termasuk isteri, anak serta abangnya terkorban dalam serangan udara Zionis di rumah mereka di Khan Younis, lapor agensi berita WAFA.

Sejam sebelum itu, Mohamad telah membuat liputan berita mengenai kekejaman Zionis yang berterusan membedil Gaza tanpa belas ihsan.

Salman ketika melaporkan mengenai perkembangan berkenaan menerusi siaran berita telah menanggalkan jaket perlindungan dan topi keledar yang dipakainya kerana terlalu kecewa dan sedih.

Salman Al-Bashir menanggalkan jaket keselamatan selepas kecewa dengan kekejaman Israel. – Tangkap layar dari media sosial, 3 November, 2023

“Kami tak boleh terima lagi, kami ‘penat’. Kami menjadi mangsa. Perbezaan antara kami ialah waktu kematian. Satu demi satu terkorban dan tiada yang peduli mengenai kematian atau jenayah yang terpaksa dihadapi penduduk di Gaza.

“Jaket dan topi keledar ini tidak melindungi mana-mana wartawan, ia hanya slogan kosong. Kami adalah mangsa, menunggu masa untuk dibunuh. Mohammad berada di sini setengah jam lalu (membuat liputan).

“Kini dia meninggal dunia bersama keluarganya di hospital yang sama,” katanya.

Penyampai berita TV Palestin ketika itu turut menangis mendengar keluhan dan kemarahan daripada Salman.

Dengan kematian Mohammad itu, ia menjadikan jumlah petugas media dari Media Rasmi Palestin yang terkorban sejak Israel melancarkan serangan pada 7 Oktober lalu meningkat kepada empat orang.

Sehingga kini, seramai 9,159 rakyat Palestin yang majoritinya adalah orang awam termasuk kanak-kanak, telah terbunuh di Gaza, lapor Kementerian Kesihatan Palestin. – 3 November, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

RM460m budget boost to power RTG, para-athletes, and regional games prep: KBS

With RM460 million secured for national sports development and RM240 million earmarked for the 2027 SEA Games, KBS sets its sights on building a comprehensive, sustainable sporting ecosystem

Four Malaysia Airlines flights cancelled, two more diverted amid heightened US-Iran tensions

Destinations involved were Doha and Jeddah following flight advisory on airspace risks, governments issue travel warnings to avoid Iran

◉ Related