Gesaan boikot video Aliff Syukri: Akmal persoal DAP “tak akan diam je?”

Persoalan terbabit dilontarkan susulan pemimpin parti berkenaan sebelum ini, ‘bersemangat’ membidas kempen boikot KK Mart dilancarkan Pemuda Umno

10:05 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Dr Muhamad Akmal Saleh melontarkan persoalan kepada pemimpin DAP sama ada mereka akan menyokong Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman atau ‘mengunci mulut’, berhubung boikot diambil Pemuda Umno terhadap video muzik Aidilfitri dikeluarkan usahawan produk kosmetik itu.

Ketua Pemuda Umno itu berkata, persoalan terbabit dilontarkan susulan pemimpin parti berkenaan sebelum ini, ‘bersemangat’ membidas kempen boikot KK Mart dilancarkan pihaknya mengenai penjualan stoking tertera kalimah Allah di satu daripada rangkaian premis serbaneka berkenaan.

Menurutnya, kedua-dua boikot dilancarkan Pemuda Umno itu dikenakan atas alasan sama, iaitu tidak menjaga sensitiviti umat Islam.

“Nak tanya pada geng-geng DAP juga, terutama (Setiausaha Agung DAP) Anthony Loke Siew Fook.

“Kita buat boikot pada Aliff Syukri juga apabila beliau keluarkan video lagu raya yang tidak menjaga sensitiviti umat Islam.

“Jadi DAP tak akan diam je? Tak nak backup (sokong) Alif Syukri juga ke? Ke nak backup geng sendiri je?” katanya menerusi Facebook.

Usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman memohon maaf secara terbuka selepas video rayanya menerima kecaman kerana tidak menjaga sensitiviti umat Islam. – Gambar Instagram, 3 April, 2024

Beliau turut berkongsi laporan media mengenai gesaan pembantu khas kepada seorang ahli Parlimen dari DAP supaya rakyat Sarawak berbelanja minimum RM10 di cawangan KK Mart dan berkongsi pembelian mereka di media sosial dengan hashtag #RM10lawanekstremis, sebagai tanda protes terhadap serangan ke atas KK Mart berhubung isu stoking terbabit.

Malah, katanya, gesaan itu juga susulan serangan bom petrol ke atas KK Mart di Jalan Satok di Kuching, kelmarin yang menyaksikannya sebagai insiden ketiga, selepas premis itu di Bidor dan Kuantan, masing-masing pada 26 dan 30 Mac lalu diserang.

Ujarnya, walaupun KK Mart melakukan kesilapan, tindakan keganasan terhadap kedai dan pekerjanya adalah tidak wajar.

Pada 13 Mac lalu, tular di media sosial isu penjualan stoking tertera kalimah Allah di sebuah rangkaian premis KK Mart, selepas gambar produk itu dimuat naik pengguna.

Isu berkenaan mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan masyarakat, terutama pemimpin politik dengan ada antara mereka membidas penjualan itu, manakala segelintir meminta ia tidak diperbesarkan, terutama apabila pihak pengasas KK Super Mart & Superstore Sdn Bhd (KK Super Mart) dilaporkan memohon maaf berhubung perkara terbabit.

Kes itu semakin hangat apabila Dr Akmal melancarkan kempen memboikot KK Mart besar-besaran dengan menggesa umat Islam supaya mengambil tindakan berkenaan.

Tegasnya, boikot itu sebagai pengajaran keras kepada semua pihak yang dengan senang memperlekehkan isu agama dan bangsa.

Bagaimanapun, Loke berkata, DAP tidak bersetuju dengan pendekatan Dr Akmal kerana KK Mart sudah mengemukakan permohonan maaf serta mengakui kesilapan mereka.

Justeru, jelasnya, isu berkenaan sepatutnya diselesaikan dengan baik dan berhemah.

Malah, Loke berkata, pemimpin parti politik perlu menjadi ‘pembina jambatan’ dalam mengeratkan semangat perpaduan di negara ini, selain tidak sepatutnya diperbesarkan, terutama membabitkan perkara sensitif.

Loke turut memaklumkan bahawa beliau sudah mengadakan pertemuan dengan Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berhubung kenyataan dan tindakan Dr Akmal yang membidas KK Mart serta menggsa premis berkenaan diboikot besar-besaran.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut mengenai perbincangan dalam pertemuan terbabit. – 3 April, 2024

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

Fuad has no right to intervene in Sabah 40% special grant case: Kitingan

Deputy CM asserts that the lawyer has no authority to speak for state govt as he was not appointed

[UPDATED] Desperate, doomed move: Lokman Adam claims Daim, Dr Mahathir behind Langkah Dubai  

Langkah Dubai, a move by the opposition to topple Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s administration, is allegedly masterminded by former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad and his right-hand man Tun Daim Zainuddin.

Related