◉ HEADLINES

SPRM terima 17 SPV lengkap, boleh pantau OKT dari jarak jauh

Kenderaan berteknologi tinggi itu dilengkapi CCTV canggih dengan kamera 360 darjah, GPS, sistem komunikasi berpusat, walkie-talkie dan tayar gerak kempis

10:39 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menerima 17 kenderaan khas atau Special Purpose Vehicle (SPV) yang dilengkapi sistem teknologi tinggi dan akan digunakan untuk membawa Orang Kena Tahan (OKT).

SPV itu dilengkapi ciri-ciri keselamatan dan daripada segi pengiringan OKT ke mahkamah selain dilengkapi sistem pengawasan kamera litar tertutup (CCTV) dengan sistem kamera 360 darjah.

Menurut Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, SPV jenama Weststar Maxus V80 itu merupakan kenderaan pertama digunakan oleh agensi terbabit.

“SPV ini dihasilkan dalam tempoh tiga bulan bertujuan membawa OKT.

“Sistem CCTV terbabit boleh dipantau secara terus dari ibu pejabat walaupun kenderaan itu berada di negeri dan turut dilengkapi dengan alat sistem pengesan global (GPS) sebagai langkah keselamatan sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini terhadap kenderaan itu.

“Teknologi lain yang terdapat pada SPV itu ialah sistem komunikasi berpusat, walkie-talkie dan tayar gerak kempis,’’ katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Pengarah Urusan Smart Aim Sdn Bhd, Dr Wan Aminah Wan Hassan (kiri) memberi penerangan mengenai SPV kepada Tan Sri Azam Baki semasa majlis penyerahan di Kelab Tasik Putrajaya, hari ini. – Gambar SPRM, 1 Mac, 2024

Azam berkata, sebanyak 14 SPV yang diterima akan diserahkan kepada setiap negeri dan dua lagi akan ditempatkan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya di sini.

“Sebuah lagi akan diserahkan kepada kepada Bahagian Keselamatan bagi kegunaan Cawangan Persenjataan bertujuan pengangkutan senjata dan peralatan berkaitan,’’ katanya.

Menerusi pengagihan SPV ini, Azam berkata ia membantu menyelesaikan masalah kekurangan kenderaan yang sesuai untuk digunakan sebagai kenderaan membawa OKT ke mahkamah. – 1 Mac, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Govt to raise alcohol excise duty by 10% from November 2025, tobacco taxes also up: Anwar

Prime Minister says the move, announced under Budget 2026, aims to promote healthier lifestyles and reduce access to alcohol and tobacco, with additional revenue channelled to the Health Ministry

Sunway-IJM proposed merger to create mega construction firm

However, the deal may put focus on Bumiputera, national interests

MMA wants RM50 minimum for GP consultation fees, says RM10 ‘not enough’

Association says two-decade-old rate makes private practice unsustainable and fails to reflect doctors’ true value

◉ Related