◉ HEADLINES

Mohamad Salim terima Anugerah Helang Persatuan Alumni St John

Beliau yang merupakan ahli kepada SJAA selama 49 tahun menzahirkan penghargaannya kepada St John Institution atas anugerah itu ketika ditemui selepas majlis itu malam ini

9:24 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din menerima Anugerah Helang daripada Persatuan Alumni St John (SJAA) atas pencapaian beliau dan sokongan berterusan kepada St John Institution. 

Mohamad Salim yang merupakan ahli kepada SJAA selama 49 tahun menzahirkan penghargaannya kepada St John Institution atas anugerah itu ketika ditemui selepas majlis itu malam ini.

“Saya amat terharu dengan penghormatan yang diberikan daripada sekolah yang saya hadiri dari peringkat rendah hingga ke menengah. Helang adalah simbol St John, jadi ini merupakan sesuatu yang berprestij dan berbeza,” katanya kepada Bernama.

Anugerah Helang adalah anugerah yang diberikan kepada ahli SJAA yang membawa perubahan dalam komuniti, industri, alam kehidupan atau bidang kajian. 

Mohamad Salim yang juga mencapai kejayaan mengagumkan dalam sektor pembinaan dan hartanah dalam 30 tahun lepas telah menerima pelbagai anugerah daripada pelbagai pihak seperti Ikon Hartanah semasa Dialog Pangkor 2016 dan Ikon Perniagaan Terbaik di Anugerah Perniagaan Utusan pada 2015. 

Beliau juga memenangi anugerah “Global Masterclass CEO” Terbaik di Sidang Kemuncak Tokoh Perniagaan Timur Tengah 2015. – 15 Oktober, 2023

Topics

 

◉ Hangat

FIFA slams FAM: Forged documents, fines and 12-month suspension rattles Malaysian football

World football’s governing body has sanctioned the Football Association of Malaysia (FAM) and seven naturalised players for using falsified documents to secure eligibility in the Asian Cup qualifier against Vietnam in June

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

Malaysia Airlines tops domestic flight punctuality rankings of 85.3%

National carrier led on-time performance up to May 2025, as government enforces stricter rules on delays and passenger compensation

◉ Related