◉ HEADLINES

Polis siasat video bekas Ahli Parlimen didakwa fitnah Anwar, Saifuddin Nasution

Anwar dan Saifuddin Nasution disyaki difitnah berkaitan siasatan kes rasuah melibatkan Ahli Parlimen Bera yang merupakan bekas Perdana Menteri ke-9

5:16 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Polis sedang menyiasat kemunculan sebuah video dimuat naik oleh seorang bekas Ahli Parlimen, yang dipercayai memfitnah Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkaitan kes rasuah melibatkan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata siasatan dijalankan selepas polis menerima laporan daripada seorang lelaki mewakili sebuah badan bukan kerajaan (NGO) di Ibu pejabat Polis Daerah Dang Wangi kira-kira 12.06 tengah hari semalam. 

“Kita akan meminta bantuan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengenal pasti pemilik akaun terbabit.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Terdahulu, tular video seorang bekas Ahli Parlimen yang membuat kenyataan disyaki memfitnah Anwar dan Saifuddin Nasution berkaitan siasatan kes rasuah melibatkan Ahli Parlimen Bera yang merupakan bekas Perdana Menteri itu. – 8 Mac, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

◉ Related