HEADLINES

182 laporan polis dibuat ke atas Hannah Yeoh, 59 individu sudah dirakam percakapan

Bagaimanapun, polis masih belum mengambil keterangan daripada Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh

12:51 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Polis telah merakam keterangan daripada 59 individu bagi membantu siasatan berhubung isu buku ‘Becoming Hannah: A Personal Journey’, yang didakwa mengancam keselamatan negara.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, polis juga sudah menerima 182 laporan berkaitan isu berkenaan.

Bagaimanapun, pihaknya masih belum mengambil keterangan daripada Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.

“Setakat ini, seramai 59 individu sudah diambil keterangan bagi membantu siasatan.

“Keterangan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh masih belum diambil, belum ada masa ditetapkan untuk merakam keterangan beliau,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Media sebelum ini melaporkan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) telah membuat laporan polis menggesa Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengharamkan buku yang ditulis oleh Hannah itu, yang disifatkan sebagai bahaya dan mengancam keselamatan negara.

Malah parti Bersatu mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil tindakan tegas menggugurkan dengan Hannah daripada jawatan Menteri Belia dan Sukan yang disandangnya.

Pada 23 Disember lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak saman fitnah difailkan Hannah yang juga Ahli Parlimen Segambut terhadap bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berhubung kenyataannya pada satu forum di Universiti Teknologi MARA (UiTM), empat tahun lalu.

Menerusi saman difailkan pada 3 Julai 2020, Hannah mendakwa Musa pada forum ‘Wacana Isu Semasa Perjanjian Damai Hat Yai 1989: PKM Menyerah Diri?’ telah mengeluarkan kenyataan tidak benar mengenai diri beliau dan dibuat dengan niat jahat serta mencemarkan nama baiknya.

Kenyataan dipertikaikan itu didakwa menuduh Hannah menulis buku bertajuk ‘Becoming Hannah: A Personal Journey’ untuk menjadikan Malaysia sebuah negara Kristian, merosakkan Islam dan negara, serta meletakkan kepentingan peribadinya di atas kepentingan negara. – 8 Januari, 2025

Topics

 

Hangat

Harimau Malaya is TMJ’s vision: CEO

Rob Friend describes Johor Crown Prince as 'the visionary' behind Harimau Malaya’s heritage player initiative

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Malaysia pulls the plug on Kuwaiti Hornet deal after years of turbulence

RMAF walks away from costly, outdated aircraft amid rising concerns over integration, support, and long-term value

Related