HEADLINES

Maybank janji siasat dakwaan pihaknya burukkan kerajaan kepada pelabur

Maybank berjanji akan menyiasat lebih lanjut mengenai isu diajukan oleh Isham Jalil berhubung dakwaan bank berkenaan memburukkan kerajaan menerusi emel kepada pelabur

1:31 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Malayan Banking Berhad (Maybank) tampil menjawab persoalan dikemukakan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Isham Jalil berhubung dakwaan institusi kewangan itu memburukkan kerajaan di mata pelabur.

Menerusi kenyataannya hari ini, Maybank berjanji akan menyiasat lebih lanjut mengenai isu diajukan itu.

“Hai Isham Jalil, salam sejahtera. Terima kasih kerana memaklumkan kami dan pasti kami akan menyiasat lebih lanjut mengenai isu yang anda mengajukan. Terima kasih,” menurut kenyataan itu.

Isham Jalil meminta penjelasan daripada Maybank berhubung dakwaan memburukkan kerajaan kepada pelabur. - Gambar dari Facebook Isham Jalil, 23 Julai, 2023

Semalam, Isham menerusi entri Facebook mempersoalkan tindakan Maybank yang didakwa memburukkan kerajaan menerusi emel yang dihantar kepada pelabur.

“Betulkah Maybank tulis macam ini dan hantar email ini meluas kepada pelabur-pelabur? Kalau betul, saya rasa tidak sepatutnya mereka tulis macam ini,” katanya.

Malah, menurutnya, tindakan berkenaan tidak membantu ketika kerajaan mahu menaikkan keyakinan pelabur asing.

”Pada saya, kita boleh kritik (dan saya salah seorang yang selalu kuat kritik kerajaan dan juga pembangkang), namun usah burukkan negara sendiri di mata orang luar serta pelabur asing.

“Ini tidak baik. Kita tidak perlu menipu untuk menegur, pada masa yang sama kita tidak perlu memburukkan diri atau negara sendiri,” katanya.

Beliau turut memuatnaik emel Maybank berkenaan dan antara kandungannya:

”2023 pastinya merupakan tahun yang mencabar untuk melabur setakat ini. Sentimen politik positif daripada penubuhan kerajaan tahun lalu tidak berterusan ke tahun baharu. Dasar PM Anwar yang belum jelas dan ketidaktentuan dalam kestabilan kuasa juga membawa kepada kebimbangan pasaran.

Mengulas mengenai respon Maybank, Isham berterima kasih kepada pihak institusi kewangan itu, namun tetap berpendirian setiap kritikan dibuat mana-mana rakyat Malaysia tidak sepatutnya memburukkan tanah air sendiri.

“Pada saya, kita boleh kritik (dan saya salah seorang yang selalu kuat kritik kerajaan dan juga pembangkang), namun usah burukkan negara sendiri di mata orang luar dan pelabur asing. Ini tidak baik. “Kita tidak perlu menipu untuk menegur, pada masa yang sama kita tidak perlu memburukkan diri atau negara sendiri. Bersama majukan Malaysia,” katanya. – 23 Julai, 2023





Topics

 

Hangat

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Man with many titles: a look into Mokhzani Mahathir’s expansive resume

As we await the disclosure of Mokhzani’s assets, Scoop delves into his extensive directorships and shareholdings. 

FIFA slams FAM: Forged documents, fines and 12-month suspension rattles Malaysian football

World football’s governing body has sanctioned the Football Association of Malaysia (FAM) and seven naturalised players for using falsified documents to secure eligibility in the Asian Cup qualifier against Vietnam in June

Related