HEADLINES

Baby Shima umum tanding PRN, ‘saya mahu berkhidmat dan membela rakyat’

Namun, penyanyi dangdut itu tidak memperincikan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) mana akan ditandinginya dan parti bakal diwakili

1:52 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Penyanyi dangdut, Baby Shima membuat pengumuman mengejutkan apabila memaklumkan akan bertanding pada pilihan raya negeri (PRN) nanti.

Baby Shima mengumumkan sendiri perkara itu menerusi video pendek di Instagramnya.

Namun, dia tidak memperincikan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) mana akan ditandinginya dan parti bakal diwakili.

“Assalamualaikum rakyat Malaysia, dengan ini saya ingin mengumumkan yang saya akan bertanding PRN ini,” katanya.

Menurut Baby Shima atau nama sebenarnya Nor Ashima Ramli, penglibatannya sebagai calon PRN adalah untuk berkhidmat dan membela rakyat.

“Ingat kamu (rakyat) bawa perubahan, fikir-fikirkanlah anak muda, undi saya,” katanya.

Menerusi hantaran lain dimuatnaiknya di platform sama, Baby Shima berkongsi gambar karikatur memaparkan poster wajahnya sebagai calon PRN dengan slogan ‘dangdut berdendang rakyat senang’, selain meminta warga maya mencadangkan DUN sesuai ditandinginya.

Terdahulu, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Ghani Salleh mengumumkan PRN di enam negeri, iaitu Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Terengganu dan Kelantan diadakan serentak, dengan 12 Ogos ini sebagai hari pengundian, manakala penamaan calon pada 29 Julai dan pengundian awal 8 Ogos ini.

Abdul Ghani berkata, tempoh berkempen ditetapkan selama 14 hari bermula selepas pengumuman calon yang bertanding, sehingga jam 11.59 malam, 11 Ogos ini. – 25 Julai, 2023

Topics

 

Hangat

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

Related