HEADLINES

Pembinaan terowong ECRL punca tanah mendap Lebuhraya KL – Karak

Runtuhan terowong ECRL 2 itu telah menyebabkan tanah mendap seluas 9.5 meter (m) lebar x 10 m panjang x 4.3 (m).

4:34 PM MYT

 

KUALA SELANGOR – Kejadian tanah mendap berhampiran Plaza Tol Bentong di Kilometer (KM) 66.1, Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak disebabkan pembinaan terowong laluan Rel Pantai Timur (ECRL), kata Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

“Punca peringkat awal ini kerana pembinaan terowong di bawah, projek rel ECRL,” katanya.

Beliau berkata kerja-kerja baik pulih dijangka selesai petang ini dan laluan itu boleh digunakan semula pukul 7 petang ini.

“Sebelum datang ke sini, saya telah pergi ke tempat kejadian (tanah mendap), saya agak puas hati kerana kerja-kerja pemulihan dibuat dengan cepat, pukul 7 ini dijangka boleh digunakan semula,” katanya kepada pemberita selepas melawat kerja-kerja pembinaan Seksyen 6, Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE) di sini hari ini.

Sementara itu, Kementerian Kerja Raya dalam kenyataan memaklumkan laporan awal pihak Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) mendapati tanah mendap tersebut diakibatkan daripada runtuhan terowong 2 ECRL yang berada 13 meter di bawah laluan tersebut.

Katanya, runtuhan terowong ECRL 2 itu telah menyebabkan tanah mendap seluas 9.5 meter (m) lebar x 10 m panjang x 4.3 (m).

“Pihak kontraktor telahpun mengambil tindakan dengan menimbus kawasan mendapan dengan konkrit sejak malam tadi. Kerja-kerja turapan akan dimulakan sejurus selepas konkrit keras.

“Bagi langkah pembaikan jangka panjang, satu siasatan menyeluruh akan dilaksanakan kementerian menerusi Agensi Lembaga Lebuhaya Malaysia dengan kerjasama pihak yang terlibat. Pemantauan berterusan turut dilaksanakan bagi mengesan jika ada pergerakan bawah tanah di lokasi kejadian,” menurut kenyataan itu.

Mendapan yang berlaku kira-kira pukul 8.30 malam, semalam itu telah menyebabkan penutupan kedua-dua arah Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, namun tidak melibatkan kemalangan jiwa.

Sementara itu, mengulas mengenai pembinaan WCE yang merentasi jajaran Banting, Selangor ke Taiping Selatan, Perak, Nanta berkata projek tersebut telah siap 88 peratus.

“Secara keseluruhannya projek itu adalah sepanjang 233 kilometer tidak termasuk 80 kilometer tidak bertol.

“Kemajuan pembinaannya sedikit lewat adalah disebabkan isu pengambilalihan tanah. Pada awalnya, belanja ambil tanah dianggarkan RM980 juta dan akhirnya melebihi RM2 bilion. Semua ini telah selesai,” katanya. – 26 Julai, 2023

Topics

 

Hangat

Amarjit Singh elected UCI vice-president, a first for the nation

Cycling chief vows to strengthen Asia’s voice in global sport after historic win in Kigali

Is hibah still a safe option if courts can reverse it?

After court overturned a RM1 million takaful hibah, sparking confusion and concern among policyholders and the public, experts stress that it remains relevant if done properly

PDRM and MCMC join forces to dismantle drug-laced vape syndicates

Authorities ramp up cyber patrols and enforcement as youth-targeting networks exploit social media and encrypted platforms

Related