HEADLINES

‘Ini bukan himpunan Bersih yang kamu sertai sampai jadi huru-hara’ Akmal selar Lim Guan Eng

Himpunan ini tidak ada kena mengena dengan Kerajaan Perpaduan malah lebih kepada solidariti kepada Najib, kata Akmal

7:28 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Himpunan Solidariti Najib Razak oleh Umno bersama PAS pada 6 Januari ini tidak ada kena mengena dengan Kerajaan Perpaduan.

Sebaliknya, kata Ketua Pemuda Umno, Dr Muhamad Akmal Saleh, ia hanyalah untuk solidariti kepada bekas Perdana Menteri itu.

Justeru beliau membidas pengerusi DAP, Lim Guan Eng kerana mempersoalkan himpunan yang akan diadakan di hadapan Kompleks Mahkamah di Putrajaya itu.

“Saya nak bagitahu pada Lim Guan Eng. Himpunan ini tidak ada kena mengena dengan Kerajaan Perpaduan. Ini hanyalah solidariti kepada Najib.

“Ini bukan himpunan seperti himpunan Bersih yang kamu sertai sampai huru-hara, sampai terbalik kereta.

“Kamu siapa nak bidas Umno, kamu siapa nak arahkan Umno. Lagi kuat kamu bidas Umno, saya janji lagi ramai akan turun berhimpun pada 6 Januari ini,’’ katanya menerusi klip video di Facebooknya hari ini.

Sebelum ini tular memo dalaman daripada Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan mengenai himpunan Solidariti Bersama Najib Razak yang akan diadakan pada 6 Januari ini di Mahkamah Rayuan, Istana Kehakiman, Putrajaya.

Memo berkenaan dikeluarkan kepada pesuruhjaya Pas Selangor, Wilayah Persekutuan, Negeri Sembilan, Melaka dan Pahang serta setiausaha sayap-sayap parti tersebut

Pada 6 Januari ini, Mahkamah Rayuan akan mendengar rayuan Najib terhadap keputusan Mahkamah Tinggi berkaitan titah adendum yang dikatakan dikeluarkan oleh Yang Di-pertuan Agong (YDPA) terdahulu.

Terdahulu, Lim Guan Eng mengingatkan Umno sebarang program bersama PAS akan menimbulkan keraguan mengenai kestabilan politik dan kedudukan parti itu dalam Kerajaan Perpaduan.

Guan Eng dilapor berkata, ia termasuk perhimpunan solidariti atau demonstrasi.

Justeru Akmal menyeru ahli Umno supaya turun beramai-ramai bagi menunjukkan sokongan dan solidariti kepada Najib.

“Pada kawan-kawan…dia dah mula, tunggu apa lagi.

“Lagi kuat dia bidas kita, lagi kuat, lagi ramai kita datang, kita tunjuk pada dia,’’ katanya. – 31 Disember, 2024

Topics

 

Hangat

Harimau Malaya is TMJ’s vision: CEO

Rob Friend describes Johor Crown Prince as 'the visionary' behind Harimau Malaya’s heritage player initiative

MCMC recorded nearly 9,500 reports on cyberbullying in the last three years

Online scams are just behind with 9,321 complaints; 143 reports on child sexual content

Taib Mahmud: a life of controversies and political intrigue

The diminutive and flamboyant Tun Abdul Taib Mahmud has left an indelible mark on Sarawak and the country, seeing that he was its chief minister for 33 years and later, the governor for nearly a decade.

Related