◉ HEADLINES

Kerajaan tidak cadang tarik balik subsidi yuran universiti awam

Secara keseluruhan seramai 10,000 pelajar mendapat pengecualian bayaran yuran di universiti awam dengan nilai keseluruhan RM30 juta bagi kemasukan tahun ini

6:30 PM MYT

 

SINTOK – Kerajaan tidak mempunyai sebarang rancangan untuk menarik balik subsidi yuran yang dinikmati oleh pelajar tempatan di institusi pendidikan tinggi awam seluruh negara.

Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, ia selaras komitmen kerajaan untuk memastikan semua rakyat tidak tercicir dalam mendapatkan akses pendidikan tinggi.

“Kalau kita lihat pengajian ekonomi contohnya, kos sebenar pengajian untuk tempoh empat tahun RM70,000 ke RM80,000 tetapi di universiti awam hanya RM2,000 ke RM3,000.

“Kalau di UiTM (Universiti Teknologi MARA) setiap semester hanya RM200, dua semester iaitu setahun bersamaan RM400, tetapi kos sebenar adalah beribu-ribu ringgit, jadi kerajaan akan teruskan subsidi yang diberikan kepada pelajar tempatan yang menuntut dalam universiti awam,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media semasa mengadakan lawatan kerja ke Universiti Utara Malaysia (UUM) di sini, hari ini.

Mohamed Khaled berkata kerajaan juga menyediakan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada penuntut yang mahu menyambung pengajian dengan jumlah pinjaman sehingga RM3.5 bilion setiap tahun.

Beliau berkata secara keseluruhan seramai 10,000 pelajar mendapat pengecualian bayaran yuran di universiti awam dengan nilai keseluruhan RM30 juta bagi kemasukan pada tahun ini.

Dalam pada itu, Mohamed Khaled menyeru universiti di negara ini merangka perancangan dan strategi masing-masing bagi menjayakan kerangka Ekonomi MADANI khususnya dalam melahirkan modal insan serta melaksanakan penyelidikan.

Beliau berkata setiap pelan kerangka ekonomi itu tidak mungkin boleh dicapai sekiranya universiti tidak berjaya melahirkan modal insan sebagaimana yang dikehendaki.

Pada lawatan itu, Mohamed Khaled turut melancarkan Program SULUNG peringkat UUM yang merupakan inisiatif diperkenalkan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bertujuan memberikan peluang dan kemudahan melanjutkan pengajian di menara gading kepada generasi pertama yang cemerlang dalam kalangan keluarga B40.

Turut hadir Timbalan Ketua Setiausaha KPT Datuk Dr Megat Sany Megat Ahmad Supian dan Naib Canselor UUM Prof Dr Mohd Fo’ad Sakdan. – 1 Ogos, 2023

Topics

 

◉ Hangat

[TONTON] ‘Persepsi itu wujud, tapi ia tidak benar’: Tengku Zafrul jawab naratif ‘payung kuning’

Bekas Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri menepis dakwaan beliau bertindak sebagai orang tengah istana bagi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, sambil menegaskan persepsi lama ‘payung kuning’ tidak mencerminkan realiti

Stop pampering the two-wheeled road ruffians! – Ravindran Raman Kutty

For too long, politics pampered road ruffians. Now their menace has matured into road terrorism — and leaders must stop stroking the tiger

Iran women’s football team may stay longer in Malaysia as AFC seeks safe options

The Asian Football Confederation says the Iran women’s national team could remain in Malaysia temporarily while authorities explore safe arrangements, after concerns over the players’ safety following the 2026 AFC Women’s Asian Cup in Australia

◉ Related