◉ HEADLINES

Tiada dakwaan profil palsu babitkan calon PN Selangor, ‘mereka dinilai dan diperiksa’- Dr Afif

Beliau mendakwa semua calon ditawarkan PN negeri dipilih dalam kalangan individu terbaik

6:45 PM MYT

 

PETALING JAYA – Di sebalik isu tular bahawa profil beberapa calon Perikatan Nasional (PN) yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di negeri tertentu didakwa ‘palsu’ apabila memaparkan latar belakang pendidikan sama, tercetus persoalan adakah insiden serupa berlaku di negeri lain.

Menjawab perkara itu, Setiausaha PN Selangor, Dr Afif Bahardin berlaku, situasi terbabit tidak tercetus di negeri berkenaan memandangkan setiap individu yang dipilih sebagai calon, menjalani ‘penilaian dan pemeriksaan’ ketat.

“Di Selangor kami (PN Selangor) dah buat penilaian dan pemeriksaan, malah ia dilakukan sebelum kami umumkan nama. Bukan di Selangor (isu ini) sebab di Selangor kami minta mereka (calon) tunjuk sijil kepada kami untuk kami boleh sahkan dulu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi ‘Sembang Santai Bersama Dr Afif Bahardin di Menara Mutiara Majestic di sini, hari ini.

Menurutnya, penilaian dan pemeriksaan itu dilakukan bagi memastikan calon diketengahkan adalah yang terbaik kepada rakyat Selangor.

Malah, katanya, kesemua 56 calon dipilih PN Selangor pada PRN kali ini adalah dalam kalangan individu terbaik.

“Sudah tentu kami nak sediakan calon terbaik, jadi 56 calon kami ada di Selangor memang terbaik antara terbaik.

“Ini adalah calon untuk kami tawarkan kepada rakyat Selangor untuk mereka menilai dan pilih sama ada boleh mewakili mereka di Dewan Undangan Negeri (DUN),” katanya.

Terdahulu, media melaporkan, PAS Kedah menyedari terdapat kesilapan maklumat terhadap beberapa profil calon yang muncul dalam paparan skrin di Majlis Pengisytiharan Calon PN Kedah.

Ketua Penerangan PAS Kedah, Mohd Azam Abd Samat berkata, terdapat empat calon yang menggunakan latar belakang pendidikan sama dan ia berlaku kerana kesilapan pereka menggunakan template serupa, tetapi tidak menukar butiran calon lain.

“Bagaimanapun kesilapan hanya berlaku pada paparan skrin, tetapi tidak berlaku kesilapan ketika profil calon dibacakan pengacara majlis.

“Penganjur sama sekali tidak berniat untuk memberi maklumat tidak tepat dan memohon maaf atas kesilapan yang berlaku,” katanya. – 2 Ogos, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Malaysia Airlines tops domestic flight punctuality rankings of 85.3%

National carrier led on-time performance up to May 2025, as government enforces stricter rules on delays and passenger compensation

More missing hikers on M’sia’s trails: mountaineering legend calls for stricter guidelines

Everest pioneer Datuk Magendran M. Munisamy suggests a collaboration with the Malaysian Mountaineering & Sport Climbing Federation to improve trail preparedness

Egypt’s prestigious Al-Azhar University’s admittance of a non-Muslim student could serve as an example to learn from – Hafiz Hassan

Despite being an Islamic institution with rigorous requirements, the school made an exception to its rules in 2017

◉ Related