◉ HEADLINES

Lebih 600 ahli Bersatu Rantau Abang keluar parti, sertai Umno

Mereka bertindak sedemikian kerana sudah jemu dengan pimpinan Bersatu di kawasan itu yang didakwa tidak menjaga kebajikan dan hanya menabur janji kosong

9:39 PM MYT

 

DUNGUN – Lebih 600 ahli Bersatu di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau Abang, di sini, mengumumkan keluar parti dan menyertai UMNO, hari ini.

Bekas Pengerusi Penyelaras Bersatu Rantau Abang, Anwar Rosli berkata mereka bertindak sedemikian kerana sudah jemu dengan pimpinan Bersatu di kawasan itu yang didakwa tidak menjaga kebajikan dan hanya menabur janji kosong.

“Selepas meneliti situasi politik semasa, ahli-ahli yang keluar pada hari ini merasakan telah dipinggir oleh pimpinan Bersatu di sini yang tidak mengambil berat terhadap masalah kami.

“Ramai antara kami di sini datang daripada golongan susah tetapi Bersatu tidak menolong kami…yang banyak menolong adalah UMNO sejak sebelum ini dan mereka tidak pun memilih orang untuk memberi bantuan,” katanya kepada media di sini.

Kebanyakan bekas ahli Bersatu yang keluar parti itu melibatkan mereka di kawasan Pusat Daerah Mengundi Balai Besar dan Taman Permint Indah.

Menurut Anwar, ramai lagi ahli Bersatu khususnya di Dungun akan mengikut jejak langkah mereka meninggalkan parti itu dan menyertai UMNO dalam masa terdekat.

Bekas Ketua Bersatu Cawangan Balai Besar, Jalaluddin Mohd Zin menyerahkan lebih 600 borang permohonan bekas ahli Bersatu itu untuk menyertai UMNO kepada Timbalan Ketua UMNO Bahagian Dungun, Nur Hisyam Johari. – 5 Ogos, 2023

Topics

 

◉ Hangat

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

◉ Related