HEADLINES

SPRM akan panggil empat Ahli Parlimen sokong PM: Azam

Laporan polis terhadap keempat-empat Ahli Parlimen berkenaan dibuat pada Isnin lepas dan polis merujuk kepada SPRM untuk siasatan lanjut kerana laporan itu lebih tertumpu kepada elemen rasuah.

7:08 PM MYT

 

JAKARTA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil empat Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) yang mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam masa terdekat.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, ia bagi menyiasat dakwaan wujudnya unsur rasuah untuk beralih sokongan.

“Buat masa ini kita tunggu laporan (daripada polis)…siasatan terbuka akan dijalankan dalam tempoh terdekat,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama Persidangan Antirasuah Sedunia (WACC) 2023 di sini hari ini.

Beliau berkata, laporan polis terhadap keempat-empat Ahli Parlimen berkenaan dibuat pada Isnin lepas dan polis merujuk kepada SPRM untuk siasatan lanjut kerana laporan itu lebih tertumpu kepada elemen rasuah.

Pada Selasa lepas, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, polis dan SPRM bersedia menjalankan siasatan secara profesional terhadap laporan kononnya terdapat unsur umpan, habuan dan ugutan berkaitan sokongan beberapa Ahli Parlimen PN terhadap Perdana Menteri.

Sebelum ini, empat Ahli Parlimen PN daripada Bersatu iaitu Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), Datuk Suhaili Abdul Rahman (Labuan), Mohd. Azizi Abu Naim (Gua Musang) dan Zahari Kechik (Jeli) menyatakan pendirian menyokong Anwar menyebabkan timbul dakwaan sokongan itu ada unsur rasuah.

Sementara itu, Azam berkata, SPRM akan mendedahkan laporan interim berhubung siasatan terhadap Aman Palestin Bhd yang didakwa wujud ketidakaturan dalam aktiviti pengumpulan derma oleh badan bukan kerajaan (NGO) itu untuk rakyat Palestin.

“Beri tempoh masa pada SPRM siasat dan minggu depan laporan interim akan dikeluarkan kerana ia penting untuk orang ramai tahu,” katanya dan menambah setakat ini tujuh saksi dipanggil memberi keterangan dan pegawai forensik SPRM juga sedang meneliti dokumen-dokumen yang diperoleh daripada Aman Palestin dari 2020 hingga 2022.

Mengenai laporan polis yang dibuat ekoran tohmahan terhadap SPRM yang mendakwa agensi itu dikawal oleh kerajaan, Azam berkata, ia adalah tohmahan liar dan tidak berasas.

“Kes Syed Saddiq (Ahli Parlimen Muar) masih dalam peringkat rayuan dan mana-mana pihak tidak boleh pertikai. Ada ketika SPRM kalah pendakwaan di mahkamah tetapi tak ada pula pihak katakan sesiapa mempengaruhi mahkamah,” katanya.

Semalam SPRM membuat laporan polis berhubung hantaran dalam aplikasi TikTok yang didakwa mengandungi tuduhan palsu semasa pelancaran jentera Pilihan Raya Kecik (PRK) Parlimen Kemaman pada 10 Nov lepas.

Hantaran dimuat naik seorang pemilik akaun media sosial itu memaparkan seorang pemimpin parti politik mengeluarkan beberapa tuduhan palsu dalam ceramah beliau antaranya jentera- jentera kerajaan, SPRM dan hakim-hakim dikawal oleh kerajaan selain mempertikai keputusan Hakim Mahkamah Tinggi berhubung sabitan pertuduhan ke atas Syed Saddiq. – 16 November, 2023

Topics

 

Hangat

Malaysia must remain firm against Jho Low’s US pardon bid: Gobind

DAP chairman emphasises that all individuals linked to the 1MDB scandal must be held accountable without exception

Tomorrow’s not coming. It’s here – and it has your face – Ravindran Raman Kutty

A young world led by old hands – the contradiction that defines our politics, and the challenge for younger generations to step up

Morocco wants KL court to declare cult leader Mawla Amin not Prophet’s descendant

Kingdom’s statement of claim says his activities in Malaysia have tarnished its image

Related