PIBG MCKK kecam keluarga mangsa buli kongsi kes di media sosial

Ia selepas saudara mangsa mempersoalkan hukuman ‘ringan’ diterima pelaku

8:51 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) membidas tindakan keluarga seorang mangsa buli Tingkatan 4 kerana didakwa ‘tidak bertimbang rasa dan mementingkan diri sendiri’, sehingga membawa isu berkenaan ke media sosial.

Menerusi kenyataannya, PIBG MCKK berkata, tindakan keluarga itu menyiarkan butiran kes terbabit, mencemarkan nama baik institusi pendidikan berkenaan yang dikenali sebagai sekolah berasrama penuh berprestij di Perak.

“MCKK PIBG kesal dengan keputusan keluarga (mangsa) yang tidak bertimbang rasa dan mementingkan diri sendiri untuk menyebarkan kes (butiran) secara dalam talian.

“Kami yakin kes ini menjadi pengajaran kepada ibu bapa untuk tidak mencampuri urusan pentadbiran sekolah, di samping mempercayai dan sentiasa berfikiran terbuka terhadap keputusan dibuat pengurusan MCKK.

“Sebarang saranan daripada pihak sekolah dan guru besar adalah semata-mata demi kebajikan serta kejayaan pelajar MCKK pada masa akan datang,” katanya.

PIBG berkata, pihaknya ‘menghormati’ keputusan sekolah untuk tidak ‘tunduk kepada ancaman’ didakwa dikeluarkan sekumpulan ibu bapa pelajar Tingkatan Empat yang mengatakan, mereka juga akan menyiarkan kes itu secara dalam talian jika MCKK enggan mempertimbangkan semula hukuman disiplin dikenakan kepada pelaku.

“Kami mengecam cubaan ibu bapa untuk campur tangan dalam pengurusan sekolah. Keputusan sekolah perlu dihormati kerana kesejahteraan semua pihak sudah dipertimbangkan.

“Pihak sekolah juga sudah mematuhi prosedur ditetapkan dalam membuat keputusan telus ini, tanpa sebarang campur tangan daripada mana-mana pihak,” katanya.

Kenyataan itu dikeluarkan susulan seorang individu, dipercayai kakak mangsa, meluahkan kekecewaannya di Instagram apabila mendakwa pelaku hanya menerima ‘hukuman ringan’ dan mempersoalkan sama ada keluarga terbabit mempunyai hubungan dengan orang kenamaan (VIP).

Dakwaan itu dibuat menerusi hantaran seorang pengguna, @okpastu, mengatakan pelajar Tingkatan 5 yang didakwa melakukan serangan terbabit, tetap dibenarkan ke sekolah seperti biasa dan hanya dihukum dengan tiga sebatan rotan serta melakukan kerja khidmat masyarakat.

Hantaran itu turut memaparkan tangkap layar surat daripada ibu bapa mangsa yang menggesa pihak sekolah mempertimbangkan semula hukuman terbabit, memandangkan ia dianggap tidak setimpal dengan tindakan pembuli yang dilaporkan dilakukan pada September lalu.

Menurut kakak mangsa, kejadian itu menyaksikan mangsa dibelasah senior sehingga menyebabkan kecederaan pada bahagian sulitnya, malah kemudian terus ditumbuk dan ditendang sebelum pengsan.

Pada 4 November lalu, Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Datuk Omar Bakhtiar Yaacob mengesahkan, polis menjalankan siasatan berhubung kes buli di sebuah sekolah berasrama penuh di Kuala Kangsar selepas satu laporan polis dibuat pada 24 September lalu.

Omar berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan cedera.

Sementara itu, PIBG terbabit berkata, pihaknya menerima laporan seorang pelajar dicekup dan dihalau keluar dari sebuah kedai makan di Kuala Kangsar selepas pelajar itu didakwa sebagai ‘pembuli’.

Justeru, persatuan itu mencadangkan agar pelajar MCKK tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah bersendirian sehingga isu berkenaan diselesaikan.

Selain menyatakan bahawa pelajar harus mematuhi moto sekolah iaitu ‘Fiat Sapientia Virtus’ (Manliness Through Wisdom) dengan tidak terbabit dalam ‘provokasi atau serangan’ daripada orang luar, PIBG MCKK menegaskan pelajar perlu membuat laporan polis jika perkara berkenaan berlaku. – 5 November 2023

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

Fuad has no right to intervene in Sabah 40% special grant case: Kitingan

Deputy CM asserts that the lawyer has no authority to speak for state govt as he was not appointed

‘Non-Bumiputera doctors don’t even want to enrol at UiTM,’ says Umno’s Akmal

Umno Youth chief says certain quarters with ‘political interests’ are harping on the issue to disrupt racial harmony

Related