HEADLINES

Kelantan mahu perkukuh hubungan dengan Kerajaan Persekutuan

12:17 PM MYT

 

KOTA BHARU – Kerajaan Kelantan akan mengambil pendekatan matang bagi memperkukuh hubungan dengan kerajaan Persekutuan atas semangat federalisme demi kesejahteraan rakyat.

Menteri Besar Kelantan yang baharu dilantik Datuk Mohd Nassuruddin Daud berkata hubungan antara kerajaan dengan kerajaan (G2G) yang kukuh penting untuk manfaat semua khususnya rakyat.

“Selain itu, kita juga akan teruskan legasi membangun bersama Islam (MBI)…dasar ini terbukti meletakkan Islam sebagai asas pentadbiran dan kemakmuran negeri serta kebajikan rakyat.

“Turut menjadi keutamaan saya ialah untuk menjadi Menteri Besar kepada seluruh rakyat Kelantan tanpa mengira latar belakang kaum,” katanya.

Mohd Nassuruddin berkata demikian pada sidang media pertama beliau sebagai Menteri Besar Kelantan di bangunan MABNA-MBI, di sini hari ini yang turut dihadiri Timbalannya Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan.

Terdahulu, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meranti, meletakkan ibu jari pada mesin perakam waktu pada 8.30 pagi ini bagi memulakan tugas hari pertamanya sebagai Menteri Besar.

Beliau turut meluangkan masa beramah mesra dengan kakitangan Pejabat Menteri Besar sebelum memulakan tugas.

Mohd Nassuruddin, yang merupakan Menteri Besar Kelantan ketiga selepas PAS mengambil alih Kelantan pada 1990, berkata barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) yang telah diperkenan dan dilantik Sultan Kelantan adalah saf kepimpinan seimbang dan terbaik daripada pelbagai bidang khususnya ulama, teknokrat dan profesional.

“Apa yang penting konsep musyawarah merupakan asas kekuatan pada kerajaan ini seperti yang diamalkan oleh pentadbiran sebelum ini. Saya harap semua pihak dapat memberikan sokongan untuk meneruskan legasi MBI,” katanya.

Semalam, Mohd Nassuruddin mengangkat sumpah jawatan di hadapan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V di Istana Negeri, Kubang Kerian. Sembilan ADUN turut mengangkat sumpah sebagai Exco Kelantan.

Beliau berkata portfolio kesemua Exco berkenaan akan disusun dan diumumkan dalam masa terdekat. – 16 Ogos, 2023

Topics

 

Hangat

Horror at Bangkok shopping mall as two Malaysians set on fire in unprovoked attack

A Thai man set fire to the tourists after dousing them with paint thinner, with bystanders quickly intervening to restrain him

Malaysia breaks 11-year losing streak against Vietnam with impressive 4-0 victory

The national team showed effective teamwork and fast-paced plays that kept their opponents under pressure

Malaysia pulls the plug on Kuwaiti Hornet deal after years of turbulence

RMAF walks away from costly, outdated aircraft amid rising concerns over integration, support, and long-term value

Related