HEADLINES

Menjelang keputusan tahanan dalam rumah esok: Zahid harap Najib dapat pengampunan

Zahid berkata beliau tidak sanggup melihat Najib terus berada di sebalik tirai besi

2:27 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berharap agar Datuk Seri Najib Razak akan diberikan pengampunan dan menjalani baki hukuman penjara di rumah.

Menurut Zahid, yang juga presiden Umno, beliau tidak sanggup melihat bekas Perdana Menteri itu yang sudah dipenjarakan selama tiga tahun, terus berada di sebalik tirai besi.

Bagaimanapun, kata Zahid, keputusan berhubung pengampunan terletak sepenuhnya di bawah kuasa Yang di-Pertuan Agong dan tidak seharusnya dipersoalkan, katanya lapor BH.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Makkal Sakti ke-17, di Butterworth hari ini.

Zahid yang menyifatkan dirinya sebagai seorang ‘sahabat sejati’ kepada Najib, berkata beliau akan terus memperjuangkan kepentingan bekas perdana menteri itu.

“Saya akan terus berbuat demikian sehingga ke akhir hayat saya. Atas sebab itu, saya amat berharap dan berdoa agar Datuk Seri Najib akan dikurniakan pengampunan dalam masa terdekat,” katanya.

Mahkamah Tinggi sebelum ini menetapkan 5 Januari ini bagi memutuskan sama ada Titah Adendum itu akan dikuatkuasakan ke atas bekas Ahli Parlimen Pekan itu bagaimanapun keputusan itu dipercepatkan pada 22 Disember.

Najib kini menjalani hukuman di Penjara Kajang sejak 23 Ogos 2022 selepas disabitkan kesalahan menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Mahkamah Tinggi sebelum ini menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta, dan keputusan itu dikekalkan oleh Mahkamah Rayuan dan Persekutuan selepas menolak rayuan Najib.

Beliau kemudian memfailkan petisyen bagi mendapatkan pengampunan diraja pada 2 September 2022, yang membawa kepada keputusan Lembaga Pengampunan untuk mengurangkan hukuman penjara daripada 12 tahun kepada enam tahun manakala denda dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta.

Jika permohonan semakan kehakiman itu dibenarkan, beliau akan menjalani tahanan rumah dan akan dibebaskan pada 23 Ogos 2028. – 21 Disember, 2025

Topics

 

Hangat

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Government to roll out targeted RON95 subsidy using IC-based verification

Tech-driven mechanism aims to curb misuse and ensure only deserving Malaysians benefit from subsidised fuel

OCM in the spotlight again: Skechers collab draws flak after brand linked to Israel

With shoe sponsorship amounting to almost RM200,000, Datuk Nazifuddin Najib says sports should be free from any agenda as the aim is to provide comfort to athletes

Related