Saifuddin sifatkan isu REE Kedah satu skandal, ada unsur ‘cover up’

2:57 PM MYT

 

PADANG TERAP – Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail tidak menolak isu kecurian nadir bumi (REE) adalah satu skandal berikutan wujud unsur cover up (melindungi) selepas kegagalan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Kedah untuk membuka kertas siasatan. 

Menteri Dalam Negeri itu berkata, kejadian yang berlaku boleh diistilahkan sebagai satu skandal kecurian berikutan semua petunjuk menunjuk ke arah berkenaan.

“Yang pertama ada atau tidak dalam pengetahuan menteri besar, jawapannya ada, kedua ada tak dalam pengetahuan agensi kerajaan negeri, ya ada, ketiga apakah ada elemen pembabitan agensi kerajaan negeri, jawapannya ya dan jelas MBI (Perbadanan Menteri Besar Kedah).

“Lokasi tempat juga milik mereka dan membuat perjanjian dengan beberapa pihak Jaentique (Sdn Bhd), Mahir Binari, Prospek Suria (Kedah), semua ada.

“Apa yang berlaku ada kecurian, tangkapan telah dibuat, kalau tidak ada kecurian kenapa Ho Chung Meng bayar denda RM630,000, kenapa MBI dikenakan kompaun oleh PTG 

 “Yang menjadi skandal, apakah ada unsur cover up, (Sanusi dan MBI) pergi tak ke kawasan itu? pergi pada 19 Februari lalu, ambil tindakan atau tidak.. tidak maknanya ada cover up, yang paling jelas bila agensi PTG langsung tidak menyiasat mengikut Enakmen Mineral Kedah 2004, Chapter 11, lebih tepat Seksyen 167, 168, 169, 170.

“Jadi elemen cover up itu menjadikan ia (kes) satu skandal dan siapa yang tanggung kerugian.. rakyat Kedah, siapa dapat manfaat terbesar? MBI yang dipengerusikan oleh Sanusi. Dengan semua kayu ukur ini, ya ini persis atau mirip satu skandal, yang merugikan rakyat negeri,” katanya pada sidang media khas di sini hari ini.

Setiausaha Agung PKR itu juga mendesak pihak berkuasa khususnya polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melihat kegagalan PTG Kedah untuk membuka kertas siasatan kes kecurian REE itu.

“Bila saya buat siri pendedahan ini, saya buat atas jaket saya sebagai Setiausaha Agung PKR, tapi saya juga Menteri Dalam Negeri, seperti Sanusi, dia adalah Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN), dia juga tak boleh buang imej sebagai Menteri Besar.

“Bolehkah saya mengarahkan polis atau SPRM menyiasat selepas pendedahan dibuat oleh saya…saya tidak boleh arah, cuma boleh sebut sepatutnya berlaku siasatan, oleh siapa? Pengarah PTG Kedah mengikut Enakmen Mineral Kedah 2004.

“Ini sepatutnya dibuat, bila tidak berlaku ini sepatutnya mengundang untuk dua agensi kawal selia ini (polis dan SPRM) memulakan (siasatan), boleh saya arah? tak boleh,” katanya.

Saifuddin turut mempersoal tindakan MBI yang mengeluarkan surat kepada Chung Meng menerusi syarikat Mahir Binari pada pada 15 Mei lalu untuk memberi kebenaran kepada individu dari Kelantan itu masuk ke kawasan hutan simpan Bukit Enggang, Sik selepas ditangkap menceroboh pada Januari.

“Dalam live bersama Papagomo malam tadi, kamu (Sanusi) akui bukan So Lai Fat yang curi (REE) tapi Chun Meng, soalan saya kenapa pada 15 Mei dia dapat surat lagi, untuk masuk curi lagi. Jadi seolah-olah Menteri Besar Kedah ini boleh memberi jalan seluas-luasnya, buat apa saja sebab Menteri Besar, populariti tinggi anak muda sokong, jadi dengan itu dia boleh buat apa saja? 

 “Jadi dia (Sanusi) perlu jawab apa justifikasi surat kebenaran itu diberi sekali lagi oleh MBI menerusi Jabatan Perhutanan kepada Mahir Binari,” katanya. – 6 Ogos, 2023.

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

IS launched ‘official’ Malay media group with IED drone manual, firm warns

An international security think tank has warned of the Islamic State terrorist group's latest tactic to expand its influence in Malaysia.  

‘Allah’-printed socks controversy: there is no case to begin with, says KK Mart lawyer

The legal representative of KK Supermart & Superstore Sdn Bhd has insisted that the company's founder and director should not face criminal charges in connection with the sale of "Allah"-printed socks at some of its convenience stores.

Related