◉ HEADLINES

Kempen dengan berhemah, ‘saya dengar ceramah kata Anwar…’

Perdana Menteri berkata, Kerajaan Perpaduan tidak pernah menafikan hak semua kaum di negara ini, malah beliau sendiri tidak diajar menghina orang kerana warna kulit

9:39 AM MYT

 

PETALING JAYA – Memasuki minggu kedua kempen Pilihan Raya Negeri (PRN), Datuk Seri Anwar Ibrahim menasihati setiap parti, termasuk pembangkang supaya berkempen secara berhemah dan tidak mencerca pihak lawan.

Perdana Menteri berkata, sebaiknya gelanggang kempen pada PRN di enam negeri kali ini, digunakan sebagai platform untuk memberi penjelasan berkenaan isu semasa kepada rakyat.

“Dalam politik nak cakap tegas boleh, tetapi jangan maki hamun. Saya dengar ceramah baru-baru ini kata “Anwar khianat, Anwar bodoh”…nasihat saya, kita jangan sombong sangat.

“Dia (pembangkang) nak kritik tidak mengapa. Takkan saya buat semua betul, boleh tegur dan boleh bagi pandangan, tetapi jangan menghina. Kempenlah dengan baik, tidak perlu maki dan tidak perlu cerca kerana akhirnya, kita kawan-kawan juga, keluarga juga, itu saya nak nasihat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Ceramah Umum Perpaduan di Dataran Anak Muda di sini, malam ini.

Pada masa sama, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu menyangkal dakwaan kononnya beliau dan Kerajaan Perpaduan angkuh serta zalim.

Malah, teganya, sebagai Perdana Menteri, beliau bersama barisan Kabinet sentiasa mahu menjadi pemimpin adil, menjaga kebajikan rakyat dan menolak amalan rasuah.

“Sekarang dia (pembangkang) panggil kita zalim. Zalim sebab hadapkan dia ke mahkamah sebab rasuah, bukan keputusan saya. Saya masuk keluar penjara duduk dalam penjara hampir 11 tahun.

“Dah jadi Perdana Menteri bukan kerja saya nak zalim…buat apa Allah uji saya sebegitu teruk, bukan saya sahaja, Wan Azizah (Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail), anak-anak, keluarga dan rakan-rakan dalam perjuangan (turut menghadapinya),” katanya.

Anwar berkata, Kerajaan Perpaduan juga tidak pernah menafikan hak semua kaum di negara ini.

“Saya orang Islam, agama saya tidak ajar untuk menghina orang kerana warna kulit dan kaum. Kalau ada benda betul (kebaikan untuk rakyat), kita sokong…peruntukan untuk agenda Islam kita tambah, mahu angkat martabat Melayu, kita tambah (peruntukan).

“Semua ini (Setiausaha Agung DAP) Anthony Loke tidak membantah, malah sokong kerana dia faham mengenai keperluan negara,” katanya. – Bernama, 7 Ogos, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Penemuan kecederaan luar biasa pada badan, JSJ Bukit Aman diarah segera siasat kematian Noorizwan

'Saya telah meminta JSJ, khususnya pengarahnya Datuk M. Kumar, untuk menyiasat kes ini secepat mungkin dan memaklumkan hasil siasatan kepada orang ramai,' kata Mohd Khalid

What will we call for next? A ban on cheap cigarettes, tuak and kapcais? – Rocky Bru

While concerns over drug-laced vapes grow, a blanket ban could backfire by wiping out businesses, threatening jobs, pushing trade underground amid weak enforcement and open tank loopholes

[TONTON] ‘Persepsi itu wujud, tapi ia tidak benar’: Tengku Zafrul jawab naratif ‘payung kuning’

Bekas Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri menepis dakwaan beliau bertindak sebagai orang tengah istana bagi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, sambil menegaskan persepsi lama ‘payung kuning’ tidak mencerminkan realiti

◉ Related