HEADLINES

BN Kedah akur kekalahan, nasihat ahli tak perlu tuding jari

BN tetap berlapang dada dan menghormati keputusan rakyat Kedah yang menolak Kerajaan Perpaduan mentadbir negeri itu

12:38 AM MYT

 

ALOR SETAR – Barisan Nasional (BN) Kedah akur dengan kekalahan dan menerima keputusan dibuat rakyat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.

Pengerusinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, BN tetap berterima kasih kepada rakyat Kedah dan pada masa sama, menzahirkan ucapan tahniah kepada Perikatan Nasional (PN) yang berjaya membentuk kerajaan negeri.

“Kita akur dan menerima kekalahan ini kerana inilah adat pertandingan. Akan ada pihak yang kalah dan ada yang menang,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Jelas beliau, BN tetap berlapang dada dan menghormati keputusan rakyat Kedah yang menolak untuk meletakkan kepercayaan kepada Kerajaan Perpaduan bagi mentadbir negeri itu.

Beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah turut menasihatkan semua ahli parti itu di Kedah untuk tidak menyalahkan mana-mana pihak atas kekalahan pada PRN kali ini.

“Saya nak berpesan kepada semua ahli Umno dan BN untuk bertenang dan tidak menuding jari kepada mana-mana pihak.

“Kita telah berusaha menawan hati pengundi bukan hanya semasa kempen PRN sahaja, malah dari dulu lagi kita sentiasa berkhidmat kepada rakyat. Tapi apabila rakyat mengambil keputusan tidak memilih BN, kita redalah dengan ketentuan Allah,” katanya.

Mahdzir yang juga calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Pedu tewas kepada calon PN-PAS yang juga penyandang kerusi, Mohd Radzi Md Amin dengan majoriti 6,373 undi.

Beliau memperoleh 8,024 undi, ketinggalan agak jauh dengan Mohd Radzi yang meraih 14,397 undi.

Selain Mahdzir, dua nama besar PH-BN yang turut tewas ialah Pengerusi PH Kedah, Datuk Mahfuz Omar dan Pengerusi DAP negeri, Tan Kok Yew. — 13 Ogos, 2023

Topics

 

Hangat

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

12 hours on the road no guarantee for liveable wages, say several food delivery riders

Long working hours and cut-throat remuneration structure have been a bane for food delivery riders recently with some considering to leave their current service platform for another – or find a new job altogether.

Related