HEADLINES

Jika Muhyiddin anak jantan, kemuka usul undi tidak percaya di Dewan Rakyat

Muhyiddin tidak sewajarnya membuat desakan menerusi kenyataan di pentas politik berdasarkan kekalahan sesebuah gabungan politik pada PRN, Sabtu lalu

1:49 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Langkah terbaik bagi Tan Sri Muhyiddin Yassin mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalannya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meletak jawatan adalah dengan mengemukakan usul undi tidak percaya di Dewan Rakyat.

Pengerusi Biro Undang-Undang Parti Amanah Negara (Amanah), Dr Zulqarnain Lukman berkata, Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu tidak sewajarnya membuat desakan menerusi kenyataan di pentas politik berdasarkan kekalahan sesebuah gabungan politik pada Pilihan Raya Negeri (PRN), Sabtu lalu.

Malah, beliau menyifatkan desakan dilakukan Muhyiddin sebagai bukan ‘anak jantan’ dan tidak mengikut saluran perundangan ditetapkan.

“Kalau lupa, perlu diingatkan bahawa mengikut Perlembagaan, cara sebetulnya adalah untuk mengemukakan usul undi tidak percaya di Dewan Rakyat, baharulah jadi anak jantan.

“Kalau sekadar nak jadi pondan bercakap dalam dewan badminton tak perlu riuh dan kecoh untuk seru Perdana Menteri ke-10, letak jawatan. Ini bukan cara anak jantan bertarung.

“Sama juga dengan guna kaedah surat akuan. Cara itu adalah cara tebuk atap orang penakut. Hadapinya dengan usul dibahaskan dalam Parlimen,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Pengerusi Biro Undang-Undang Parti Amanah Negara (Amanah), Dr Zulqarnain Lukman – Gambar Zulqarnain Lukman, 14 Ogos, 2023

Dalam pada itu, Zulqarnain menzahirkan kekecewaannya dengan tindakan pemimpin politik pembangkang seperti Muhyiddin yang suka melalukan fitnah sebagai cerita penglipur lara.

Jelasnya, dakwaan Muhyiddin bahawa keputusan PRN menunjukkan referendum rakyat menolak Kerajaan Perpaduan adalah tidak tepat.

“Seingat saya, kali terakhir referendum ini digunakan adalah oleh Suruhanjaya Cobbold waktu mereka hendak pastikan sama ada rakyat Sabah dan Sarawak ingin membentuk Malaysia bersama Tanah Melayu dan Singapura dahulu.

“Kalau sebut ‘tebuk atap’ itu lebih mudah difahami. Namun, sepertimana yang Muhyiddin ingat, pada Disember 2022 sudah ada usul percaya dikemukakan ke atas Perdana Menteri. Alah waktu itu kome semua (Ahli Parlimen pembangkang) keluar Dewan Rakyat waktu pengundian,” katanya.

Terdahulu, Muhyiddin pada sidang media Sabtu lalu menggesa Anwar dan Zahid meletak jawatan serta merta susulan penolakan pengundi Melayu dalam PRN di enam negeri, kelmarin.

Jelasnya, kemenangan PN di kerusi majoriti Melayu dan kawasan campuran membuktikan penolakan besar-besaran orang Melayu dan masyarakat bukan Melayu terhadap gabungan politik rapuh di samping perpaduan palsu yang diterajui Pengerusi Pakatan Harapan (PH) serta Pengerusi Barisan Nasional (BN).

Muhyiddin berkata, PN menghormati suara pengundi dan menerima keputusan pilihan raya ini dengan hati terbuka. – 14 Ogos, 2023

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

Related