HEADLINES

Beberapa kawasan di Shah Alam dilanda banjir kilat

Antara kawasan yang terjejas adalah sekitar Seksyen 13 dan persimpangan lampu isyarat Seksyen 9 berhampiran Masjid Negeri

5:25 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Beberapa kawasan di Shah Alam dilanda banjir kilat akibat hujan lebat yang berterusan sejak jam 3 petang tadi.

Antara kawasan yang terjejas adalah sekitar Seksyen 13 termasuk bulatan di situ dan persimpangan lampu isyarat Seksyen 9 berhampiran Masjid Negeri Shah Alam.

Video mengenai situasi itu tular di media sosial, malah menerima maklum balas pengguna yang terjejas.

“Tengah tunggu orang dalam Zus tiba-tiba staf kedai jerit kat parking (parkir) banjir. Terus yang kat dalam berlari selamatkan kereta,” kata Syameem Ahmad.

“Seksyen 13 Shah Alam banjir kilat. Kesian suami pusing-pusing cari jalan pulang,” kata Puan Wanda Safwan di Facebook.

“Seksyen 13 air naik tinggi. Depan Giant dan Laman Seri dah banjir,” kata Zaini Abdullah.

Menerusi beberapa gambar yang dikongsi di Facebook, paras air dilihat mula naik di sekitar kawasan tersebut.

Difahamkan penduduk yang tinggal di kawasan berdekatan bertindak mengalihkan kenderaan masing-masing ke kawasan lebih selamat.

Beberapa laluan juga tidak dapat dilalui kenderaan menyebabkan kesesakan dan pengguna terpaksa menggunakan jalan alternatif.

Pada Disember 2021, Selangor dilanda banjir terburuk dengan beberapa kawasan dinaiki air dan pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di beberapa kawasan di negeri itu.

Selain Lembah Klang, beberapa negeri lain terutama pantai timur Semenanjung turut terjejas dalam banjir musim tengkujuh pada ketika itu. – 16 Ogos, 2023

Topics

 

Hangat

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Malaysia pulls the plug on Kuwaiti Hornet deal after years of turbulence

RMAF walks away from costly, outdated aircraft amid rising concerns over integration, support, and long-term value

Related