HEADLINES

Chong Wei ganti Norza sebagai presiden BAM?

Jika Chong Wei menjadi presiden ia juga akan menaikkan keyakinan pemain muda yang menjadikannya sebagai idola

11:00 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Adakah legenda badminton negara Datuk Lee Chong Wei akan menjadi pengganti presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Tan Sri Muhamad Norza Zakaria yang bakal mengundurkan diri di hujung tahun ini?

Menurut sumber, Chong Wei adalah calon sesuai untuk mengambil alih tampuk kepimpinan BAM kerana beliau mempunyai hubungan baik dengan penaja dan sudah masak dengan sukan ini.

“Tiada siapa pada waktu ini yang mempunyai kebolehan untuk mengambil alih kepimpinan daripada Norza kecuali Chong Wei. Bekas pemain itu mempunyai pengalaman, pengetahuan dan hubungan baik untuk mengetuai BAM dengan efektif.

“Jika Chong Wei menjadi presiden ia juga akan menaikkan keyakinan pemain muda yang menjadikannya sebagai idola. Peminat badminton negara juga akan gembira melihat seorang bekas pemain nombor satu dunia mengambil alih kepimpinan badan induk itu.

“Beliau juga boleh mengubah persepsi terhadap BAM, yang telah merudum sedikit, terutama sekali selepas peminat menyalahkan badan induk itu dalam apa sahaja isu,” kata sumber itu kepada Scoop.

Beliau juga berkata, Norza masih mempunyai banyak masa untuk memilih penggantinya dan jika dibandingkan dengan individu lain dalam industri, Chong Wei adalah calon yang paling sesuai.

“Norza telah membina asas untuk menjadikan BAM sebuah persatuan yang berjaya di masa hadapan. Ramai yang berharap beliau akan terus memimpin tetapi Norza telah membuat keputusan untuk mengundurkan diri, Chong Wei adalah calon yang paling sesuai.”

Bagaimanapun pada Jun, Chong Wei berkata beliau belum bersedia untuk bertugas sepenuh masa bersama BAM mengambil kira penglibatannya dalam program Road to Gold (RTG) dan sebagai ahli Majlis Sukan Negara (MSN).

Sementara itu, bulan lalu tanpa disangka-sangka Norza mengumumkan akan berundur dari BAM pada tahun ini kerana mahu menumpukan sepenuh perhatian kepada tugas antarabangsanya, dengan menyebut beliau kini merupakan Presiden Kehormat Badminton Asia dan Pengerusi Jawatankuasa Sukan Untuk Semua dengan Majlis Olimpik Asia (OCA).

Norza menerajui jawatan tertinggi BAM pada 2017 dan mengecapi banyak kejayaan. Beliau terlibat secara langsung dalam beberapa keputusan penting berkaitan tadbir urus badminton selaras dengan visi dan aspirasi badan induk itu.

Antara pencapaian Norza ialah penubuhan Akademi Badminton Malaysia (ABM) sebagai pusat kecemerlangan badminton.

Beliau juga berjaya mengikat Petronas sebagai penaja utama dengan perjanjian yang bernilai RM45 juta selama tiga tahun pada 2022. – 21 Ogos 2023

Topics

 

Hangat

Jana Wibawa: Muhyiddin’s trial continues as appeals court rejects bid to reinstate acquittal

Five-judge panel dismisses Bersatu president’s application to review findings which led to four charges related to RM232.5 mil in bribes being reinstated in Feb

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

KWAP duped in RM200m eFishery scam, Anwar confirms

Prime Minister Anwar Ibrahim says the RM200 million eFishery investment was a deliberate fraud, prompting lawsuits, fund recovery efforts and tighter controls to protect civil service pensions

Related