HEADLINES

Ida Nerina kesal pemandu letak kereta sebelah parkir OKU, ‘kejadian sama kerap berulang’

Dia berpendapat mungkin kon perlu diletakkan di ruang itu untuk memudahkan mereka yang menggunakan kerusi roda

2:48 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pelakon, Ida Nerina kesal dengan sikap tidak bertanggungjawab segelintir pemandu di Malaysia apabila sanggup meletakkan kereta di sebelah petak parkir orang kurang upaya (OKU), sehingga ruang terbabit sempit dan menyukarkan pergerakan keluar masuk golongan itu dari kenderaan.

Menerusi beberapa hantaran dimuat naik di Instagram, Ida berkongsi foto menunjukkan kenderaan yang diletakkan di tempat tidak sepatutnya berdekatan dengan kotak parkir OKU di pusat beli-belah, The Starling Mall.

“Terima kasih kerana menjadikan kehidupan mereka yang memerlukan parkir OKU lebih sukar. Mungkin kon perlu diletakkan di ruangan kosong di sebelah kotak parkir OKU untuk memudahkan mereka yang menggunakan kerusi roda untuk keluar dari kereta,” katanya.

Lebih membuatkan pelakon filem Layar Lara itu kesal adalah kejadian sama kerap berulang di lokasi sama.

Manakala, menerusi komen seorang netizen, dia memberitahu bahawa kejadian terbabit sering berlaku pada setiap hujung minggu di lokasi berkenaan.

Komen netizen yang memberitahu bahawa perkara itu sering berlaku di lokasi yang sama setiap hujung minggu – Tangkapan layar Instagram, 21 Ogos, 2023

“Pemandu ini sangat mementingkan diri sendiri. Saya sudah banyak kali buat aduan kepada pihak pengawal keselamatan, tetapi mereka tidak mengambil apa-apa tindakan,” tulis individu itu.

Hantaran berkenaan kemudian mendapat perhatian daripada pihak The Starling Mall apabila meninggalkan komen untuk mengambil tindakan sewajarnya.

Jawapan pusat beli-belah kepada komen Ida Nerina dan netizen – Tangkapan layar Instagram, 21 Ogos, 2023

“Terima kasih atas maklum balas anda. Kami sedang berusaha untuk mengelakkan perkara ini berulang lagi di masa hadapan,” katanya. – 21 Ogos, 2023

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Feathers ruffled over hornbill flap – Joseph Masilamany

Why getting Sarawak’s state bird right matters more than you think 

Related