HEADLINES

SPRM Terengganu tahan pegawai kerajaan negeri dan isteri bantu siasatan salah guna kuasa

Pasangan suami-isteri berusia lingkungan lewat 50-an itu ditahan di pejabat SPRM Negeri Terengganu semasa hadir memberi keterangan

4:31 PM MYT

 

KUALA TERENGGANU – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Terengganu menahan seorang penolong pegawai tadbir kanan sebuah jabatan kerajaan negeri Terengganu dan isterinya kerana disyaki menyalahgunakan jawatan sejak 2021 hingga 2022.

Menurut sumber, suspek disyaki memberi kira-kira 70 perolehan pembaikan kenderaan bernilai anggaran RM130,000 kepada syarikat milik isterinya.

Suspek juga disyaki mengesyorkan kerja-kerja pembaikan kenderaan jabatan berkenaan kepada bengkel yang dimiliki oleh sebuah koperasi yang mana suspek merupakan Ahli Lembaga Koperasi dan merangkap Setiausaha Jawatankuasa Perdagangan koperasi tersebut.

Difahamkan, pasangan suami-isteri berusia lingkungan lewat 50-an itu ditahan di pejabat SPRM Negeri Terengganu semasa hadir memberi keterangan dan dijangka akan dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Terengganu esok bagi permohonan reman.

Sementara itu, Pengarah SPRM Terengganu Hazrul Shazreen Abd Yazid ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan kes disiasat di bawah Seksyen 23 (1) Akta SPRM 2009. – 21 Ogos, 2023

Topics

 

Hangat

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

Related