◉ HEADLINES

RCI Tabung Haji: Tiga lagi individu direman berhubung penyelewengan NOP RM450,000

Mereka yang ditahan ialah timbalan pengurus besar pembinaan, pengurus keselamatan dan kesihatan pekerjaan serta pengarah projek sebuah syarikat hartanah yang merupakan anak syarikat sebuah badan berkanun

2:16 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan tiga lagi individu bagi membantu siasatan berhubung Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Tabung Haji melibatkan dakwaan penyelewengan kira-kira RM450,000 berkaitan caj Notis Penalti (NOP).

Sumber SPRM memberitahu, tahanan reman selama lima hari hingga 9 Ogos ini dikeluarkan oleh Majistret Ezrene Zakariah selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya, hari ini.

Mereka yang ditahan, kata sumber itu ialah timbalan pengurus besar pembinaan, pengurus keselamatan dan kesihatan pekerjaan serta pengarah projek sebuah syarikat hartanah yang merupakan anak syarikat sebuah badan berkanun.

“Semua suspek ditahan di Ibu Pejabat SPRM kira-kira 6 petang semalam dan siasatan awal mendapati ketiga-tiga suspek bersubahat melakukan perbuatan tersebut antara 2017 hingga 2019.

“Tahanan reman itu susulan daripada siasatan oleh pasukan khas yang ditubuhkan bagi menyemak dan meneliti hasil Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji yang telah didedahkan kepada umum menerusi portal rasmi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada 29 Julai lepas,’’ katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Abd Halim Aman ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Terdahulu, SPRM menahan seorang bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan bekas Ketua Pegawai Kewangan (CFO) sebuah syarikat milik badan berkanun bagi membantu siasatan berhubung laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Lembaga Tabung Haji (TH).

Kedua-dua suspek lelaki berumur 60 dan 68 tahun itu disyaki menyalahgunakan kedudukan serta kuasa masing-masing dalam urusan perolehan dan pembelian saham dua syarikat perladangan yang bernilai RM370 juta.

Penahanan ini merupakan tindakan susulan berikutan pembentukan RCI TH yang ditubuhkan bagi meneliti serta menyiasat hasil penemuan audit terhadap isu tadbir urus, pengurusan kewangan, serta transaksi pelaburan Lembaga Tabung Haji bagi tempoh 2014 hingga 2020.

Laporan RCI berkenaan telah mengesyorkan tindakan susulan dan siasatan lanjut oleh pihak penguat kuasa, termasuk SPRM, terhadap sebarang unsur salah guna kuasa, penyelewengan, atau ketidakpatuhan prosedur yang merugikan dana deposit umat Islam di negara ini. – 5 Ogos, 2026

Semalam, SPRM menahan seorang bekas pengurus ladang sebuah syarikat pembekal benih pokok getah kerana disyaki menyelewengkan kontrak pembekalan benih pokok getah, serta seorang pengarah syarikat reka bentuk kerana disyaki menawarkan rasuah, berikutan siasatan oleh pasukan khas yang sama yang ditubuhkan untuk meneliti dan mengkaji penemuan laporan RCI. – 5 Ogos, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Melaka schools to reopen on Oct 12 as API readings fall below 100

Air quality readings at all three monitoring stations in the state remain in the moderate range, with parents advised to monitor their children's health

Malaysia Airlines, SIA join rush to cancel Middle East flights as Iran-US-Israel strikes escalate

More countries announce airspace closures as carriers suspend flights on Feb 28 and March 1, passengers reminded to check for updates on subsequent flights

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

◉ Related