HEADLINES

Laporan media asing kerajaan akan potong subsidi diesel tidak beretika

Perdana Menteri berkata, tidak ada keputusan muktamad berkenaan penyelarasan subsidi diesel itu dibuat kerajaan hingga kini

10:51 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan laporan media asing yang mendakwa kononnya kerajaan akan memotong subsidi diesel sebagai tindakan tidak beretika.

Perdana Menteri berkata, tidak ada keputusan muktamad berkenaan penyelarasan subsidi diesel itu dibuat di peringkat Jemaah Menteri berhubung isu berkenaan hingga kini.

Katanya, beliau mendapati kebelakangan ini, media jiran dan antarabangsa terus menyerang dari segi berita negatif yang mungkin kerana pendirian tegas kerajaan terhadap politik.

“Umpamanya isu pembangunan kasino (di Johor), ia tidak pernah dibincangkan dan tidak pernah sampai ke maklumat saya tapi ia dijadikan isu panas.

“Kemudian isu penarikan subsidi diesel, walaupun ada perbincangan awal tapi tidak ada keputusan muktamad berkenaan tarikh pelaksanaan.

“Kaedahnya perlu diterangkan. Prinsipnya supaya ia tidak membebankan rakyat,” katanya kepada wartawan selepas menghadiri Majlis Perjumpaan Perdana Menteri bersama pemimpin masyarakat di Hotel The Light di Butterworth, hari ini.

Anwar turut mengkritik laporan media asing itu kerana memetik maklumat daripada sumber yang tidak boleh dipercayai.

“Kita terima prinsip kebebasan (media) tetapi ada etika berdasarkan fakta. Memetik maklumat perlukan daripada sumber yang boleh dipercayai. Perkara sebegini adalah soal dasar yang memerlukan kerajaan beri notis dan pengumuman,” katanya.

Semalam, akhbar Singapura, The Straits Times melaporkan kerajaan akan memulakan pemotongan subsidi bahan api pada bulan depan, dengan diesel menjadi bahan api pertama yang diapungkan harga mengikut kadar pasaran.

Memetik sumber, akhbar itu mendakwa ia akan dilaksanakan dalam tempoh beberapa minggu selepas Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu yang diadakan 11 Mei ini.

Laporan itu turut mengatakan selepas diesel, harga runcit petrol akan dinaikkan secara berperingkat.

Bagaimanapun Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil semalam, menyangkal kononnya kerajaan membuat keputusan untuk mengumumkan kenaikan harga minyak petrol dan diesel.

Malah, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Fuziah Salleh ketika mengulas laporan itu menganggapnya sebagai tidak berasas dan meminta semua pihak menunggu pengumuman daripada kerajaan. – 5 Mei, 2024

Topics

 

Hangat

Feathers ruffled over hornbill flap – Joseph Masilamany

Why getting Sarawak’s state bird right matters more than you think 

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Related