HEADLINES

Kerajaan usaha tambah peruntukan bina, baik pulih perumahan polis dalam Belanjawan 2024: PM

Setakat ini hanya kira-kira antara 40 ke 60 peratus sahaja perumahan polis yang boleh didiami dengan bakinya berada dalam keadaan tidak selamat

4:44 PM MYT

 

IPOH – Kerajaan berusaha menambah peruntukan untuk membina dan membaik pulih perumahan polis dalam Belanjawan MADANI 2024 yang akan dibentangkan pada Oktober ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar berkata beliau difahamkan setakat ini hanya kira-kira antara 40 ke 60 peratus sahaja perumahan polis yang boleh didiami dengan bakinya berada dalam keadaan tidak selamat.

“Insya-Allah Belanjawan MADANI pada bulan Oktober, kita akan cuba (mendapatkan) peruntukan tambahan untuk perumahan. Insya-Allah hal-hal lain macam perumahan tujuan paling utama di sini, yang itu kita akan tambah peruntukan segera

“Paling utama di sini kita akan tambah peruntukan segera baiki yang asas dulu, kemudian yang lain akan beri perhatian,” kata beliau ketika berucap pada majlis Jamuan Rakyat Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bersama Warga dan Keluarga Kem Pasukan Gerakan Am (PGA) Ulu Kinta di Briged Utara PGA di sini hari ini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan baru-baru ini mengumumkan beliau telah meluluskan peruntukan tambahan sebanyak RM200 juta untuk menaik taraf kelengkapan dan rumah daif pasukan tentera, serta RM40 juta untuk perumahan polis termasuk di Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom).

Sementara itu, Perdana Menteri berkata beliau berani untuk mengumumkan peruntukan tambahan itu kerana ekonomi negara yang kini kian mengembang ekoran banyak pihak yang mahu membuat pelaburan di negara ini.

Anwar memberi contoh Ketua Pegawai Eksekutif Tesla Inc Elon Musk yang mahu berbincang dengan beliau sendiri bagi menyatakan komitmennya untuk membuka ibu pejabat syarikat berkenaan di Cyberjaya tahun ini.

Selain itu katanya syarikat automotif terkenal dunia Geely Global juga berhasrat membuat pelaburan di negara ini.

“Jadi saudara, kalau tidak ada pelaburan, saya tidak akan mampu mengumumkan peruntukan tambahan,” katanya. – 24 Ogos, 2023

Topics

 

Hangat

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Malaysia pulls the plug on Kuwaiti Hornet deal after years of turbulence

RMAF walks away from costly, outdated aircraft amid rising concerns over integration, support, and long-term value

Malaysia breaks 11-year losing streak against Vietnam with impressive 4-0 victory

The national team showed effective teamwork and fast-paced plays that kept their opponents under pressure

Related