HEADLINES

Musim haji berakhir, kerajaan tidak terima aduan 300 jemaah terkandas di Makkah

Menteri Agama yang turut berada di Tanah Suci tidak dimaklumkan atau diajukan mengenai perkara tersebut sepanjang di sana

9:00 AM MYT

 

KUALA LUMPUR — Dengan berakhirnya ibadah haji bagi musim 1445H/2024 baru-baru ini, ‘kelibat’ dan jalan cerita nasib 300 jemaah yang dilapor terkandas di Makkah, Mei lalu, tidak dapat dipastikan kebenarannya dan terus menjadi tanda tanya.

Biarpun diminta membuat aduan mengenai keberadaan dan masalah dihadapi kepada Tabung Haji (TH) atau melalui Kedutaan Malaysia di Arab Saudi, sehingga kini tiada satu pun aduan diterima.

Perkara itu disahkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mokhtar kepada Scoop yang turut melontarkan persoalan sama, betul atau tidak ‘berita’ berkenaan?

Malah beliau yang berada di Tanah Suci dalam tugasan rasmi mewakili Kerajaan Malaysia sempena musim haji ini juga tidak dimaklumkan atau diajukan mengenai perkara tersebut sepanjang di sana.

“Entahlah, senyap sahaja yang 300 ini, tiada buat aduan pun.

“Saya pun tidak pasti sama ada betul atau tidak berita itu (300 jemaah terkandas di Makkah),” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau yang turut menunaikan haji sepanjang tugasan rasmi mewakili kerajaan, pulang ke tanah air pada dua hari lalu.

Baru-baru ini beliau berkata, operasi haji bagi musim ini disifatkan sebagai paling berjaya dan cemerlang.

Ini berkat usaha berterusan dan persediaan untuk melaksanakan urusan haji dengan mengambil kira keperluan kesihatan, kebajikan dan keselamatan jemaah Malaysia bermula dari jemaah haji melaporkan diri di stesen berlepas di Malaysia, semasa di Madinah dan Makkah, ketika operasi Masya’ir di Arafah, Muzdalifah dan Mina, sehingga kembali ke tanah air.

Menurutnya, kesemua 31,600 jemaah haji Malaysia selesai melaksanakan ibadat haji tanpa sebarang perkara yang tidak diingini berlaku, kecuali 14 jemaah haji yang meninggal dunia, manakala dua jemaah haji tidak dapat berwukuf kerana memerlukan rawatan di Hospital Arab Saudi.

Pada 11 Mei lalu, pihaknya mengarahkan TH menyiasat insiden 300 jemaah terkandas di Makkah akibat terpedaya dengan pakej murah mengerjakan ibadah itu yang ditawarkan agensi pelancongan tidak bertanggungjawab.

Katanya, Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) melalui TH sentiasa memberi peringatan saban tahun kepada umat Islam di negara ini, supaya lebih berhati-hati dengan sebarang tawaran pakej murah ditawarkan segelintir agensi pelancongan tidak dilesenkan kerajaan. – 25 Jun, 2024

Topics

 

Hangat

Malaysia tightens social media rules with eKYC: Fahmi

MCMC set to enforce minimum age of 16 for new accounts; enforcement date to be announced soon

Selangor 80% ready for Sukma 2026, key venues must be ready by April: Najwan

The Selangor youth, sports and entrepreneurship committee chairman says the state is targeting full readiness by April

SPA targets 30,000 civil service appointments in 2026

Chairman Ahmad Jailani says new target exceeds last year’s 25,000, ensuring continuity in public service delivery

Related