Dua kes positif cacar monyet dikesan di Malaysia

Semua kontak bagi kes pertama sudah dikenal pasti dan tiada yang mengalami gejala jangkitan cacar monyet kecuali kes kedua

3:15 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan dua kes positif cacar monyet dikesan di negara ini, bulan lepas.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata, kes pertama disahkan pada 26 Julai lalu, membabitkan seorang lelaki warga asing yang tinggal dan bekerja di Malaysia sejak April 2022.

Menurutnya, lelaki tersebut mendapat jangkitan semasa berada di luar negara.

“Dia mempunyai sejarah perjalanan ke negara yang melaporkan kes cacar monyet pada 6 Julai 2023 dan kembali semula ke Malaysia pada 10 Julai 2023.

“Dia mula menunjukkan gejala pada 19 Julai 2023 dan lepuh mula muncul pada 23 Julai 2023. Dia telah menjalani isolasi dan dibebaskan pada 10 Ogos 2023 setelah pulih sepenuhnya tanpa komplikasi,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Pada masa sama, Dr Muhammad Radzi memaklumkan, kes kedua pula membabitkan seorang lelaki warga tempatan mengalami gejala semasa dalam kuarantin kerana menjadi kontak rapat kepada kes pertama.

“Dia diarahkan menjalani kuarantin sejak 27 Julai lalu dan disahkan positif jangkitan itu pada 29 Julai 2023.

“Dia masih dalam tempoh isolasi dan dalam keadaan sihat,” katanya.

Jelas beliau lagi, semua kontak bagi kes pertama sudah dikenal pasti dan tiada yang mengalami gejala jangkitan cacar monyet kecuali kes kedua.

Bagaimanapun, katanya, kes kedua tidak mempunyai sebarang kontak rapat.

Sementara itu, Dr Muhammad Radzi menasihati semua pengembara yang tiba dari negara melaporkan kes cacar monyet untuk memantau status kesihatan kendiri setiap hari bagi tempoh selama 21 hari dari tarikh ketibaan di Malaysia.

Beliau berkata, gejala cacar monyet termasuk demam, keletihan, sakit kepala serta ruam yang bermula di muka kemudian menyebar ke tapak tangan dan tapak kaki diikuti bahagian tubuh yang lain.

“Pesakit juga mungkin mengalami lenguh tubuh badan, sakit bahagian belakang badan atau sendi, kejang otot dan pembengkakan kelenjar limfa.

“Semua pengamal perubatan diminta untuk peka terhadap individu dengan gejala lepuh yang datang mendapatkan rawatan, terutamanya dalam kalangan kumpulan berisiko tinggi (key population),” katanya. – 25 Ogos, 2023

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

[UPDATED] Lazada’s Malaysian office not spared from major layoffs

Employees across various departments at Lazada Malaysia's office have allegedly been informed about an impending meeting with the company's human resources team in the next few days. 

[UPDATED] Desperate, doomed move: Lokman Adam claims Daim, Dr Mahathir behind Langkah Dubai  

Langkah Dubai, a move by the opposition to topple Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s administration, is allegedly masterminded by former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad and his right-hand man Tun Daim Zainuddin.

Related