◉ HEADLINES

JPJ keluarkan 17,762 saman kepada pemandu warga asing sepanjang Februari

Saman tersebut antara 165,553 keseluruhan yang dikeluarkan dalam Ops Khas di seluruh negara sempena Tahun Baharu Cina

1:03 PM MYT

 

JOHOR BAHRU – Sebanyak 17,762 saman dikeluarkan terhadap pemandu warga asing atas pelbagai kesalahan ketika pelaksanaan Ops Khas sempena Tahun Baharu Cina, sepanjang bulan ini.

Pengarah Kanan Penguat Kuasa Undang-undang Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Lokman Jamaan berkata, kesalahan yang dikesan membabitkan tiada Lesen Memandu Malaysia (LLM) sebanyak 6,380 saman, tiada Lesen Kenderaan Motor (LKM) (2,120), tiada insurans (1,843) dan lain-lain (7,419).

“Saman terhadap warga asing ini merupakan antara 165,553 saman yang dikeluarkan JPJ menerusi operasi bersepadu yang dijalankan di seluruh negara sempena perayaan itu,” katanya kepada pemberita selepas mengetuai operasi bersepadu di Plaza Tol Skudai arah selatan di sini malam tadi.

Beliau berkata sepanjang bulan ini juga, pihaknya turut menahan 33 pemandu termasuk pemandu kenderaan awam kerana didapati positif dadah seperti syabu, ganja jenis tetra hydrocannibol (THC) dan opiat selepas ujian saringan air kencing dilakukan.

Sementara itu, menurut Lokman kes kemalangan maut tahun lepas menunjukkan peningkatan berbanding tahun 2022 dengan seramai 6,344 mangsa berbanding 6,080 mangsa.

“Peningkatan adalah lapan peratus, daripada jumlah 6,344 mangsa, kira-kira 4,000 daripadanya melibatkan penunggang motosikal. Secara purata pada bulan ini, setiap dua jam ada satu kemalangan maut,” katanya. – 29 Februari, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Govt to raise alcohol excise duty by 10% from November 2025, tobacco taxes also up: Anwar

Prime Minister says the move, announced under Budget 2026, aims to promote healthier lifestyles and reduce access to alcohol and tobacco, with additional revenue channelled to the Health Ministry

Sunway-IJM proposed merger to create mega construction firm

However, the deal may put focus on Bumiputera, national interests

MMA wants RM50 minimum for GP consultation fees, says RM10 ‘not enough’

Association says two-decade-old rate makes private practice unsustainable and fails to reflect doctors’ true value

◉ Related