HEADLINES

PM bangga dengan prestasi agensi kerajaan dalam tempoh lapan bulan tadbir negara

'Setakat ini AmanahRaya prestasinya baik dan saya harap semangat ini dikekalkan': PM

10:52 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan rasa bangga dengan prestasi yang ditunjukkan oleh agensi kerajaan dalam tempoh lapan bulan beliau mentadbir negara. 

Mengambil contoh Amanah Raya Berhad (AmanahRaya), beliau berkata agensi di bawah Kementerian Kewangan itu telah mempamerkan prestasi yang baik dalam pengurusannya.

“Saya dah hampir lapan bulan dalam kerajaan, mengetuai negara ini, saya bangga, saya meneropong, menelusuri setiap agensi dan minta dipantau teliti kalau ada apa-apa kekurangan, ketirisan, kerosakan, terutama berskala besar. 

“Dan syukur Alhamdulillah, setakat ini AmanahRaya prestasinya baik dan saya harap semangat ini dikekalkan kerana ia tidak hanya terletak kepada pimpinan sahaja malah seluruh jentera juga harus menjamin kebersihan (AmanahRaya),” katanya. 

Perdana Menteri berkata demikian dalam ucapan sempena sambutan Ulang Tahun ke-100 AmanahRaya dan pelancaran logo khas 100 tahun agensi itu di Bukit Kiara hari ini.

Anwar juga berkata AmanahRaya mempunyai tanggungjawab yang besar dalam memegang amanah golongan miskin, orang kurang upaya dan anak yatim. 

Beliau berkata ini kerana mereka yang tidak memikul tanggungjawab terhadap golongan itu dengan baik dianggap melakukan satu khianat dan berdusta kepada agama. 

Perdana Menteri juga mahu semua pihak bersedia untuk bersama-sama beliau melakukan anjakan paradigma dalam usaha mengangkat martabat negara. 

Beliau berkata perubahan ke arah kebaikan itu adalah perkara yang dituntut oleh Islam bagi meninggalkan aspek buruk yang merosakkan negara.

Anwar berkata semua pihak perlu menerima kenyataan bahawa dunia berubah sekali gus menuntut beberapa tindakan baharu dan meneruskan beberapa ciri positif selain meninggalkan aspek buruk serta lama.

“Dalam konteks agama Islam, perubahan ini dituntut dan mesti tercetus daripada hati nurani serta jiwa murni,” katanya. – 25 Ogos, 2023

Topics

 

Hangat

[UPDATED] Welcome back to the Black Parade: My Chemical Romance set to rock Malaysia in 2026

Emo legends to play Bukit Jalil on April 30 as part of their long-awaited world tour, with Malaysian tickets ranging from RM299 to RM1,099 and sales opening on July 11, 2025

End of an era: Ex-Malaysia Airlines A380 faces dismantling in French scrapyard

Once a long-haul icon, the superjumbo is being dismantled for prized components as the airline modernises its fleet with fuel-efficient jets

22.4% fail SPM Maths — ‘That’s not just a number, it’s a national warning’

Poor foundational skills and declining global rankings signal long-term risks for Malaysia’s STEM talent pipeline, warns UKM academic

Related