HEADLINES

Pegawai kanan polis terkejut jumpa bahan lucah anak perempuan dalam telefon bimbit

Ketua Polis Kelantan menyifatkan tindakan pegawai itu sebagai langkah berani

7:31 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Seorang pegawai kanan polis di Kelantan yang terdetik untuk memeriksa telefon bimbit anak perempuannya yang berusia 14 tahun telah menemukan sesuatu yang mengejutkan iaitu bahan lucah melibatkan remaja tersebut dengan seorang remaja lelaki.

Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat ketika mendedahkan perkara berkenaan berkata, pegawai tersebut kemudiannya tampil membuat laporan polis.

“Hasil pemeriksaan menemukan bahan lucah membabitkan anak perempuannya bersama seorang remaja lelaki, dan pegawai terbabit kemudiannya tampil membuat laporan polis,” katanya, lapor bernama.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Sambutan Aidilfitri anjuran Konsortium E-Mutiara Berhad, di sini, hari ini

Isu itu timbul susulan pendedahan terbuka mengenai peningkatan kes jenayah seksual di Kelantan baru-baru ini telah membuka mata banyak pihak.

Mohd Yusoff turut menyifatkan tindakan pegawai polis itu sebagai langkah berani dan sebagai satu bentuk kesedaran yang seharusnya dicontohi oleh masyarakat, khususnya ibu bapa.

Jelasnya sejak pendedahan tersebut juga, lebih ramai individu tampil memberikan kerjasama dengan membuat laporan berhubung kejadian jenayah seksual yang berlaku dalam komuniti masing-masing.

“Ia menunjukkan kesedaran masyarakat mula meningkat dan ini amat penting dalam usaha membanteras jenayah seksual yang semakin membimbangkan,” katanya.

Pada 9 April lepas Mohd Yusoff mendedahkan jumlah kes rogol dan sumbang mahram di Kelantan menunjukkan trend peningkatan ketara setiap tahun. – 16 April, 2025

Topics

 

Hangat

Harimau Malaya is TMJ’s vision: CEO

Rob Friend describes Johor Crown Prince as 'the visionary' behind Harimau Malaya’s heritage player initiative

Kuala Lumpur location for Marvel superhero film Thunderbolts

Florence Pugh was in Malaysia and shot scenes in Medan Pasar, Merdeka 118

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Related