Tinjauan Kurikulum Persekolahan 2027 terima pelbagai reaksi, ‘langkah ini relevan tapi’…

Kalau zaman dahulu, kita lebih memfokus kepada akademik, kemudian diseimbangkan dengan kokurikum namun zaman sekarang ia menuntut kemahiran: Nazri

10:00 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pelbagai reaksi diterima berhubung tindakan Kementerian Pendidikan (KPM) yang melaksanakan Tinjauan Pelaksanaan Kurikulum Persekolahan 2027 yang dianjurkan secara dalam talian.

Ada yang menyifatkan ia sebagai langkah yang diambil oleh KPM untuk memastikan sistem pendidikan negara lebih relevan dan berdaya tahan namun ada pula yang mahu ia ditangguhkan.

Penasihat Pertubuhan Amal Pendidikan dan Pembangunan Insan Malaysia (Perapim), Mohamad Nizam Abdul Samar Zammi berpandangan agensi kerajaan perlu juga terlibat dalam memfokus kepada pembangunan murid di sekolah.

Beliau turut berharap supaya KPM tidak mengambil masa yang lama untuk melaksanakan hasil tinjauan tersebut selain memperbaiki kelemahan yang ada sebelum ini.

“Kalau zaman dahulu, kita lebih memfokus kepada akademik, kemudian diseimbangkan dengan kokurikum namun zaman sekarang ia menuntut kemahiran. Selain meringankan subtopik pendidikan, perlu memperkukuhkan jati diri murid-murid,’’ katanya ketika dihubungi Scoop hari ini.

Beliau mengulas mengenai tinjauan kokurikulum baharu yang dijalankan oleh Kementerian Pelajaran iaitu Tinjauan Pelaksanaan Kurikulum Persekolahan 2027 secara dalam talian, mulai 25 Ogos hingga 15 September ini menerusi pautan https://bit.ly/KurikulumKita2027.

Datuk Mohamad Ali Hasan berkata jika boleh KPM dapat melakukan rombakan terhadap subtopik yang boleh membentuk jati diri, insani serta nilai murni murid. – Gambar dari media sosial, 27 Ogos, 2023

Sementara itu, presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Datuk Mohamad Ali Hasan pula berkata, tinjauan itu dilaksanakan kerana tidak mahu lagi ada subtopik yang membebankan murid sehingga menjejaskan prestasi pelajaran mereka.

”Kalau boleh lakukan rombakan terhadap subtopik yang boleh membentuk jati diri, insani serta nilai murid-murid.

“Pada masa sama, jangan terlalu banyak subtopik berasaskan teori semata-mata, namun ia harus dilaksana dalam bentuk amali, khususnya subjek yang sukar seperti Matematik. Ia harus dilakukan agar pelajar mampu memahami sepenuhnya silibus diajar guru mereka,’’ katanya.

Sementara itu, pensyarah kanan Pusat Pendidikan dan Kesejahteraan Komuniti, Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Anuar Ahmad pula berpandangan sebaliknya dan memaklumkan kebanyakan soalan di dalam soal selidik ini tidak mempunyai tahap kesahan yang tinggi.

Justeru beliau mencadangkan supaya KPM menangguhkan soal selidik ini dengan segera dan membaiki item-item di dalamnya terlebih dahulu supaya soalan kajian ini mempunyai tahap kesahan yang lebih munasabah dan lebih berkualiti.

Anuar Ahmad berkata kebanyakan soalan di dalam soal selidik ini tidak mempunyai tahap kesahan yang tinggi. – Gambar dari Facebook, 27 Ogos, 2023

“Malangnya, dari pengamatan saya yang selalu menyemak, menjadi penilai kepada item soalselidik pelajar sarjana dan ijazah doktor falsafah (Phd), dijemput melakukan audit soal selidik untuk kumpulan penyelidik yang diberikan geran penyelidikan, mengajar kursus pembangunan penyelidikan dan memang sentiasa membuat analisis kesahan item (validity) dan kebolehpercayaan item (realiability) untuk kajian sendiri, saya boleh kata dengan yakin bahawa kebanyakan soalan di dalam soal selidik ini tidak mempunyai tahap kesahan yang tinggi,’’ katanya dalam hantaran di Facebooknya hari ini.

Seorang lagi pakar Pendidikan, pensyarah Jabatan Pendidikan dan Sains Teknikal, Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Othman Talib berkata beliau boleh simpulkan bahawa kaji selidik ini tidak akan mengukur apa-apa daripada responden di seluruh negara.

Othman Talib turut mempertikaikan soalan-soalan di dalam tinjauan tersebut termasuk di ruangan ‘komen tambahan’ yang hanya mengundang pelbagai komen yang sukar dianalisis. – Gambar Facebook, 27 Ogos, 2023

“Akhirnya dapatan yang tidak valid (sah) yang tidak ada makna diperolehi dari responden seluruh negara, sekadar untuk menunjukkan keterbukaan KPM. Untuk apa? Sesuatu yang malang jika perkara asas yang sepenting ini berlaku kesalahan berulang-ulang kali,” tegasnya.

Mengulas lanjut, Othman berkata jika kaji selidik ini disemak oleh sekumpulan pakar maka beliau meminta supaya pakar berkenaan memberikan ulasan dan turut mempersoalkan apa tujuan ia dilaksanakan.

“Apa tujuan KPM edar kaji selidik seperti ini dan apa yang ingin diperolehi dari kaji selidik sebegini dalam isu kurikulum yang menjadi teras pendidikan negara dan menyentuh perasaan rakyat selama ini?,’’ soal Othman. – 27 Ogos, 2023

Topics

Hangat

Saya juga manusia, punya hati: Ning Baizura sedih, terguris diri digelar Kristian, keluarga dikritik

Jelas Ning, beliau kecewa kerana daripada satu perkara kecil, ia diperbesarkan segelintir netizen, termasuk menyerang Instagramnya dengan kata-kata hinaan

Iranian President Ebrahim Raisi confirmed dead as burnt helicopter wreckage found

No survivors have been found since crashed helicopter site was discovered, says Iranian Red Crescent Society

Two bullets, profane letter in my mailbox: Teresa Kok lodges report on death threat

Seputeh MP shares her distress after discovering threatening note while retrieving her mail yesterday; police have inspected the scene at her residence

Related