◉ HEADLINES

Cacing hidup ditemukan dalam otak wanita di Australia

Pakar penyakit berjangkit terkemuka ANU dan Hospital Canberra, Sanjaya Senanayake, berkata kes itu adalah yang pertama di dunia

10:21 AM MYT

 

CANBERRA – Doktor di Australia menemukan cacing parasit hidup dalam otak seorang wanita, penemuan pertama di dunia, lapor Xinhua.

Dalam kajian baharu yang diterbitkan pada Selasa, penyelidik dari Australian National University (ANU) dan Hospital Canberra memperincikan penemuan cacing gelang parasit itu.

Cacing gelang Ophidascaris robertsi yang masih hidup berukuran lapan sentimeter itu yang biasanya ditemukan dalam ular sawa, dikeluarkan daripada otak pesakit wanita berusia 64 tahun selepas pembedahan.

Dalam satu kenyataan, pakar penyakit berjangkit terkemuka ANU dan Hospital Canberra, Sanjaya Senanayake, berkata kes itu adalah yang pertama di dunia.

Pesakit telah dimasukkan ke hospital tempatan di tenggara New South Wales (NSW) pada 2021 selepas tiga minggu mengalami sakit perut dan cirit-birit.

Selepas pesakit itu mula mengalami kealpaan dan kemurungan pada 2022, seorang pakar bedah saraf di Hospital Canberra mengenal pasti kelainan pada lobus hadapan kanan otaknya melalui imbasan MRI. 

Hipotesis kajian mengenal pasti bahawa pesakit itu mungkin dijangkiti sama ada telah menyentuh atau memakan rumput tempatan yang mengandungi parasit yang ditinggalkan oleh ular sawa.

Wanita itu kini masih dalam pemantauan oleh pakar penyakit berjangkit dan otak. – 29 Ogos, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

End of an era: Ex-Malaysia Airlines A380 faces dismantling in French scrapyard

Once a long-haul icon, the superjumbo is being dismantled for prized components as the airline modernises its fleet with fuel-efficient jets

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

◉ Related