◉ HEADLINES

Semua parti Kerajaan Perpaduan sepakat pastikan Malaysia terus stabil, raih kepercayaan pelabur

Malaysia mesti terus mempertahankan identiti kemajmukan yang berteraskan negara bangsa yang progresif dan sederhana

1:14 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kesemua 19 parti politik yang membentuk Kerajaan Perpaduan komited dan beriltizam untuk memastikan negara terus stabil, bagi meraih kepercayaan tinggi pelabur luar untuk datang ke Malaysia.

Perkara itu dinyatakan dalam Mesyuarat Majlis Perundingan Pimpinan Kerajaan Perpaduan yang berlangsung di Seri Perdana, Putrajaya yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim malam semalam.

Ketua Sekretariat Kerajaan Perpaduan Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata kesemua parti juga sepakat, bahawa Malaysia mesti terus menumpukan perhatian kepada soal pemerkasaan ekonomi dan pelaburan, agar kehidupan rakyat lebih makmur dan sejahtera.

“Selain itu Malaysia mesti terus mempertahankan identiti kemajmukan yang berteraskan negara bangsa yang progresif dan sederhana, bebas daripada sebarang anasir ekstremis yang mempolemikkan agama dan bangsa secara jumud yang memudaratkan,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Beliau berkata menerusi mesyuarat itu, Premier Sarawak yang juga Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) Tan Sri Abang Johari Tun Openg, turut menekankan aspek kestabilan sebagai kunci utama untuk menjayakan pelbagai agenda pembangunan, yang lebih diberikan keutamaan dan didambakan rakyat di Borneo.

“Bahkan Sarawak merupakan contoh keharmonian rakyat pelbagai kaum dan agama bebas daripada sebarang fahaman ekstremisme agama yang songsang.

“Sekretariat Kerajaan Perpaduan juga diberikan tanggungjawab, untuk merencanakan program yang dapat memperkukuhkan lagi hubungan dan keserasian jitu seluruh warga parti Kerajaan Perpaduan hingga ke peringkat akar umbi,” katanya. – 30 Ogos, 2023

Topics

 

◉ Hangat

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

Download RTM Klik to enjoy free FIFA World Cup 2026 coverage: Fahmi

Communications Minister Datuk Fahmi Fadzil says Malaysians can watch the FIFA World Cup 2026 free via RTM Klik, MyTV and other RTM platforms, marking the first time in two decades that the tournament will be widely accessible at no cost

◉ Related