HEADLINES

Program Realiti TV di Mersing perlu patuhi peraturan, jaga kebersihan

6:26 PM MYT

 

JOHOR BAHRU – Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar hari ini bertitah supaya mana-mana penggambaran program realiti televisyen di Kepulauan Johor terutamanya di Mersing, perlu sentiasa mematuhi peraturan, selain mengekalkan kebersihan dan keindahan pulau berkenaan. 

Sultan Ibrahim bertitrah baginda amat menitikberatkan kelestarian dan keindahan semula jadi gugusan pulau dan pantai di sini serta daerah yang lain, menurut satu hantaran di Facebook rasmi baginda, hari ini.

Terdahulu, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap penerbit produksi daripada Solid Landmark Sdn Bhd iaitu Wan Suhaimi Mat, Solomon Lourdesraj dan Joa Larback.

Solid Landmark akan menjalankan penggambaran program realiti TV dengan kerjasama Mersing Waterworld di Kepulauan Mersing yang melibatkan penyertaan dari negara Belgium, Denmark dan Jerman. 

Sultan Ibrahim bertitah meskipun program itu akan memberi impak terhadap pertumbuhan ekonomi setempat serta mempromosikan Daerah Mersing, namun syarikat itu perlu memastikan perkara ini dimaklumkan kepada Pegawai Daerah serta sentiasa menjaga tertib sepanjang penggambaran. 

Sementara itu, Solomon berkata program itu pastinya akan menjadi lonjakan ekonomi yang baik untuk Mersing dan juga penduduk tempatan. 

“Secara tidak langsung, ia juga akan menjadi pemangkin industri pelancongan Johor khususnya Mersing serta menjana pertumbuhan ekonomi perniagaan kecil.

“Pada masa sama, kami juga akan sentiasa mematuhi peraturan yang telah ditetapkan sebagaimana dititah oleh Sultan Johor,” katanya. – 30 Ogos, 2023

Topics

 

Hangat

Family clings to hope as Malaysian firefighter missing in Nepal

Relatives of JBPM officer Mohd Fakhrul Munir, better known as Loe, refuse to give up hope after flash floods in Nepal cut off his climbing group en route to Everest Base Camp

Malaysia Airlines, SIA join rush to cancel Middle East flights as Iran-US-Israel strikes escalate

More countries announce airspace closures as carriers suspend flights on Feb 28 and March 1, passengers reminded to check for updates on subsequent flights

Haze returns: API exceeds 150 in Nilai, Seremban, Johan Setia

Including Kuantan, four areas recorded unhealthy air quality as of 10am

Related