HEADLINES

Sanggup ‘bermalam’ di Dataran Putrajaya saksikan perarakan Hari Merdeka

10:31 AM MYT

 

KUALA LUMPUR — Keterujaan orang ramai untuk menyaksikan perarakan sempena Hari Merdeka ke-66 di Dataran Putrajaya tidak menghalang mereka untuk berada di situ sejak malam tadi.

Kebanyakan berbuat demikian kerana tidak mahu melepaskan peluang untuk berada di tempat hadapan bagi melihat perarakan yang disertai oleh pelbagai kontinjen termasuk persembahan khas yang menampilkan artis terkenal tempatan.

Gambar-gambar menarik penonton yang memenuhi Dataran Putrajaya sejak malam tadi memenuhi media sosial. Kebanyakannya datang bersama keluarga dengan membawa bersama tikar dan kerusi lipat.

Tepat jam 12 tengah malam, masing-masing yang berada di Dataran Putrajaya bangun sambil menyanyikan lagu Negaraku, sebagai meraikan pembebasan negara daripada penjajahan, meskipun tanpa detuman mercun dan bunga api.

Menurut salah seorang warganet, Zaf, dia tiba di Putrajaya pada 2.40 pagi tadi ketika hujan lebat namun reda dengan keadaan berkenaan.

Malah katanya, gerai-gerai makanan turut dibuka di situ pada waktu berkenaan.

“Putrajaya hujan lebat tapi dah reda. Aku sampai pukul 2.40 pagi tadi tapi suasana macam dah 8 pagi. Gerai makanan banyak yang dah start jual,’’ demikian tulisnya menerusi Twitter @ThisIsZharif

Sementara Kemal pula memaklumkan dia tiba 2.25 pagi tadi di sekitar Dataran Putrajaya dan ramai yang sudah memenuhi kawasan berkenaan sambil berteduh dengan payung.

Meskipun ada segelintir yang mungkin menganggap kesanggupan penonton ini hadir sejak malam tadi dan berada di Dataran Putrajaya dalam hujan lebat pada awal paginya sebagai satu kegilaan, namun semangat mereka harus dipuji.

Ia menunjukkan kesanggupan, kepayahan dan semangat jitu untuk sama-sama meraikan Hari Merdeka. – 31 Ogos, 2023

Topics

 

Hangat

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

China break up Olympic champions to groom future stars

Olympic gold medallist Jia Yi Fan now partners Zhang Shu Xian in a bold move to mentor rising talent, as China strengthen their grip on women’s doubles badminton

Related