◉ HEADLINES

MITI akan laksana perbincangan meja bulat dengan pemain industri perabot Oktober ini

Muar merupakan salah satu kawasan yang memberikan sumbangan besar kepada industri perabot di Johor, menyumbang kepada 60 peratus

5:59 PM MYT

 

JOHOR BAHRU – Industri perabot negara mencatatkan nilai eksport sebanyak RM19 bilion tahun lalu dan dijangka meningkat dengan ketara pada tahun ini berdasarkan permintaan dari negara luar. 

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz berkata, negeri Johor merupakan negeri yang menjadi penyumbang terbesar nilai perdagangan industri perabot meningkat.

Sehubungan itu, katanya kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri Johor akan mengadakan perbincangan meja bulat bersama pemain industri perabot pada Oktober depan, bagi meneliti solusi holisitik yang boleh diwujudkan dalam meningkatkan nilai eksport industri perabot.

“Saya sendiri akan mempengerusikan mesyuarat (perbincangan meja bulat) untuk membincangkan pelbagai isu, antaranya pekerja berkemahiran dan bagaimana membantu mereka memecah pasaran baharu khususnya di luar Malaysia.

“Ini kerana industri perabot merupakan industri besar dan Muar merupakan salah satu kawasan dari segi pemain perabot terbesar di sini iaitu, 60 peratus.

“Sehubungan itu MITI dan Kerajaan Negeri Johor akan laksana kaedah itu bagi memahami dan mendalami isu dibangkitkan. Insyallah, kita akan adakan di Kuala Lumpur pada Oktober depan untuk membincangkan dengan lebih terperinci dan memperhalusi isu yang kita rasa boleh diselesaikan dan nak bangunkan lagi potensi industri perabot di Malaysia,” katanya

Dalam pada itu, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi merakamkan penghargaan kepada kerajaan persekutuan kerana bersedia meneliti permasalahan dihadapi pemain industri perabot di negeri tersebut.

“17 peratus perdagangan datang dari Muar dan dari segi keseluruhan perdagangan dunia adalah 2.7 peratus tetapi kita yakin bahawa selepas ini dengan kolaborasi diterajui dengan kementerian, angka itu boleh meningkat lagi.

“Ini kerana banyak perkara boleh diselesaikan dengan bantuan dan dasar di peringkat kementerian dan persekutuan agar dapat dikembangkan lagi industri perabot di Muar,” katanya. – 31 Ogos,2023

Topics

 

◉ Hangat

Budget 2026: RM580m boost for sports development

Funding will strengthen elite programmes, prepare for the 2027 SEA and Asean Para Games, and upgrade facilities while expanding support for para-athletes

‘Tambah spot busking di Bukit Bintang’ Bob Sentuhan Buskers mohon DBKL beri pertimbangan

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) diminta menambah lagi ‘spot’ untuk pemuzik jalanan di ibu kota mengadakan persembahan terutama di kawasan sekitar Bukit Bintang yang menjadi tumpuan pelancong luar.

Noki K-Clique sedang mengenali seorang pelakon wanita, rancang berkahwin usia 30 pada tahun hadapan

Melihat rakan-rakan seperjuangan lain sudah mendirikan rumahtangga, ia membuatkan rapper dan juga pelakon, Noki K-Clique berasa tertekan serta mahu mengikut jejak langkah yang sama

◉ Related