PM lulus peruntukan 15,000 pekerja asing untuk 3 sektor tradisi kaum India

Perdana Menteri turut meluluskan peruntukan tambahan RM10 juta bagi menaik taraf gerai penjaja dan kedai makan sekitar ibu kota Kuala Lumpur

2:10 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim bersetuju meluluskan sebahagian daripada 15,000 pekerja asing untuk memenuhi permintaan bagi tiga sektor tradisi masyarakat India iaitu kedai gunting rambut, kedai emas dan tekstil.

Perdana Menteri berkata, kelulusan penuh tidak boleh diberi buat masa ini bagi mencari jalan supaya peluang dapat diberikan kepada anak tempatan termasuk pelajar lepasan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

“Sebab keperluan segera untuk tiga sektor ini saya luluskan tidak sepenuhnya, tapi saya tak mahu bagi penuh sebab saya rasa kita perlu cari jalan, biar melalui TVET, modal Tekun, kita cari jalan bagi modal, kalau kedai-kedai India, bagi anak muda latihan.

“Saya minta pada mesyuarat Jemaah Menteri Jumaat ini, saya minta Menteri bawa kertas cadangan dan kita luluskan sebahagian untuk tiga kategori ini.

“Dan syaratnya kementerian akan pastikan adakan sedikit latihan dan insentif untuk pastikan anak-anak kita dilatih,” katanya.

Perdana Menteri berkata demikian pada Majlis Pelancaran Program Lestari Niaga@Kuala Lumpur di D’Medan Selera Madani Kompleks Tun Sambanthan di Brickfields di sini.

Selain itu Perdana Menteri turut meluluskan peruntukan tambahan RM10 juta bagi menaik taraf gerai penjaja dan kedai makan sekitar ibu kota Kuala Lumpur.

“Saya telah pastikan untuk kenaikan gerai-gerai termasuk kawasan peniaga India kita tambah peruntukan.

“Kalau peruntukan tidak cukup daripada Dewan Bandaraya KL untuk tahun ini, kita tambah RM10 juta untuk tujuan itu di seluruh bandar raya,” katanya. – 4 September, 2023

BERITA SELANJUTNYA MENYUSUL

Topics

Hangat

Faisal’s acid attack: what does it have to do with me? TMJ refutes social media rumours

Johor regent refutes claims linking him to the attack, asserting that the footballer poses no threat to him or his team

Penang CM pans Sanusi over ‘divisive’ tactics in racialising water issues

Chow Kon Yeow accuses Kedah MB of exacerbating racial tensions, exploiting water problems in Penang for political motives

OPR kekal pada 3.0 peratus

Penganalisis sebelum ini menyatakan, OPR tidak mungkin dinaikkan kerana inflasi dalam negara stabil dan tidak memerlukan kawalan wang

Related