Lukisan Picasso, jam tangan serta kondo mewah antara dirampas daripada bekas peguam IMDB: Ayob Khan

Aset-aset dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM93.2 juta itu dipercayai diperoleh hasil daripada penyelewengan dana 1MDB

5:21 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Dua lukisan pelukis terkenal Pablo Picasso, seutas jam tangan mewah jenama Richard Mille, serta kondominium mewah di London, Amerika Syarikat dan Switzerland, antara aset yang dirampas daripada bekas peguam 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Jasmine Loo Ai Swan.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata aset-aset dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM93.2 juta itu, dipercayai diperoleh hasil daripada penyelewengan dana 1MDB.

Beliau berkata siasatan terhadap Loo mendapati, beliau ditawarkan jawatan dalam syarikat berkenaan pada 2011 dan menerima gaji sebanyak RM40,000 sebulan.

“Selain itu, siasatan juga mendapati Loo merupakan pemilik syarikat yang didaftarkan di British Virgin Island, yang mempunyai akaun bersama Jho Low di Falcon Private Bank,” katanya dalam sidang media khas di Bukit Aman di sini, hari ini.

“Selain itu, siasatan juga mendapati Loo merupakan pemilik syarikat yang didaftarkan di British Virgin Island, yang mempunyai akaun bersama Jho Low di Falcon Private Bank,” katanya.

Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, siasatan terhadap Jasmine Loo mendapati, beliau ditawarkan jawatan dalam syarikat berkenaan pada 2011 dan menerima gaji sebanyak RM40,000 sebulan – Gambar Scoop, 4 September, 2023

Ayob Khan berkata Loo juga ada menerima wang daripada beberapa syarikat dan entiti bernilai US$16 juta, yang digunakan untuk membeli masing-masing sebuah hartanah di New York dan London, serta membuat pelaburan di Amerika Syarikat.

“US$5 juta daripada jumlah ini telah dibekukan oleh Department Of Justice Amerika Syarikat,” katanya sambil menambah, Loo ada menerima beberapa hadiah daripada Jho Low, antaranya jam tangan mewah jenama Richard Mille dan Harry Winston, serta beg tangan jenama Berkin.

Loo juga, menurut Ayob Khan memiliki beberapa aset di Singapura, antaranya akaun bank di Credit Suisse AG yang berbaki SG$4 juta dan BSI Bank Singapura yang belum dikenal pasti bakinya.

Ayob Khan berkata Loo turut memiliki dua kondominium bernilai SG$1.3 juta dan SG$2.5 juta di republik berkenaan, dan telah menandatangani satu akuan bersumpah untuk menyerahkan semua aset miliknya kembali kepada 1MDB.

“Akuan bersumpah ini telah diserahkan kepada Commercial Crime Affairs Department Singapura, pada 30 Ogos lepas,” katanya.

Ayob Khan berkata polis juga, telah mengenal pasti aset-aset di London, Amerika Syarikat dan Switzerland, yang merupakan hasil penyelewengan dana syarikat pelaburan negara itu, antaranya sembilan lukisan bernilai RM8.1 juta termasuk dua lukisan Picasso, dua kondominium mewah dan wang tunai berjumlah RM23 juta yang disimpan dalam akaun sebuah bank.

“Usaha sedang dijalankan bagi membawa pulang aset-aset ini untuk dikembalikan kepada 1MDB, bagaimanapun ia akan mengambil masa kerana melibatkan agensi luar negara,” katanya.

Mengulas mengenai kemungkinan Loo dijadikan saksi dalam perbicaraan kes 1MDB yang masih berjalan, Ayob Khan tidak menolak sebarang kemungkinan kerana siasatan terhadap 1MDB dijalankan oleh pelbagai pihak dan masih berjalan.

Beliau berkata ketika ini Loo berada dalam keadaan yang baik dan memberi kerjasama sepenuhnya.

“Mungkin beliau menyerahkan diri kerana sukar untuk berlindung di luar negara bagi tempoh yang lama. Polis juga akan menyelesaikan siasatan terhadap beliau dalam masa terdekat dan akan menyerahkannya kepada agensi penguatkuasaan yang lain,” katanya. – 4 September, 2023

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

Several areas in Selangor, KL to prepare for scheduled water cuts early June

Works at SSP1 WTP will start 9am on June 5 and expected to conclude 7pm same day, with restoration done in stages from 3am June 6

[UPDATED] Perlis religious authorities fail in its bid to reinstate Loh Siew Hong’s children as Muslims

Unanimous decision by the bench led by chief justice upholds appellate court's ruling

Related