HEADLINES

Unik tapi kurang dikenali, Suhaizan mahu majukan agropelancongan ‘Gipsi Laut’ di Pulai

Terdapat kira-kira 2,000 masyarakat Orang Asli Seletar di Johor yang ketika ini menetap di perkampungan Orang Asli Kampung Bakar Batu dan Sungai Temon, Perling

3:40 PM MYT

 

JOHOR BAHRU – Mungkin ramai yang tidak mengenali masyarakat ‘Gipsi Laut’ yang tinggal di antara perairan Johor dan Singapura berbanding etnik Bajau Laut di Sabah, yang mana kedua-duanya mempunyai corak kehidupan sama, menghabiskan banyak masa di lautan.

Siapakah ‘Gipsi Laut’ ini?

Berdasarkan sejarah, Gipsi Laut atau dikenali sebagai Orang Asli Seletar merupakan salah satu daripada 18 suku kaum Orang Asli yang terdapat di negara ini.

Komuniti itu adalah kumpulan pengembara persisiran pantai dan laut yang tinggal dalam perahu dan menjadikan pulau, persisiran pantai dan kuala sungai sebagai tempat tinggal.

Kawasan utama petempatan mereka ialah di persisiran pantai Selat Johor dan utara Singapura yang secara tradisinya bergantung kepada hasil laut sebagai sumber mata pencarian utama mereka dalam meneruskan kehidupan.

Terdapat kira-kira 2,000 masyarakat Orang Asli Seletar di Johor yang ketika ini menetap di perkampungan Orang Asli Kampung Bakar Batu dan Sungai Temon, Perling – Gambar Scoop/Aiman Sadiq, 8 September, 2023

Menariknya, mereka sebenarnya adalah penduduk peribumi Singapura dan antara suku etnik yang terawal menetap di republik berkenaan.

Seiring peredaran masa, Orang Asli Seletar berasimilasi dengan budaya Melayu dan kehilangan bahasanya di Singapura, tetapi keturunan pengembara laut itu menghidupkan kembali budaya mereka melalui makanan.

Sejak 1965, kebanyakan Orang Asli Seletar menetap di lapan kampung di Johor Bahru, manakala mereka yang berada di Singapura berasimilasi dengan masyarakat yang lebih besar.

Terdapat kira-kira 2,000 masyarakat Orang Asli Seletar di Johor yang ketika ini menetap di perkampungan Orang Asli Kampung Bakar Batu dan Sungai Temon, Perling.

Sebahagian mereka ketika ini menyuarakan kebimbangan bahawa hasil tangkapan makanan laut di selat perairan Johor berkurangan secara mendadak sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Sebahagian mereka ketika ini menyuarakan kebimbangan bahawa hasil tangkapan makanan laut di selat perairan Johor berkurangan secara mendadak sejak beberapa tahun kebelakangan ini – Gambar Scoop, 8 September, 2023

Susulan itu, calon Pakatan Harapan (PH) Parlimen Pulai, Suhaizan Kaiat bertekad untuk menjadikan perkampungan Orang Asli Seletar di kawasan tersebut sebagai lokasi agro pelancongan, berikutan kedudukannya terletak bersebelahan sungai.

“Kita berhasrat bangunkan kawasan ini. Saya difahamkan kerajaan akan membina jeti baharu yang memberi kemudahan kepada penduduk Orang Asli. Itu dilihat mampu menarik lebih ramai pelancong untuk datang ke sini.

“Apabila ada jeti yang cantik, adalah bot yang akan bawa pelancong bersiar-siar. Kawasan perkampungan di sini menarik. Ia sekali gus akan dapat meningkatkan pendapatan penduduk di sana,” katanya. – 8 September, 2023

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Related