◉ HEADLINES

Status perkhidmatan Shuhaily dirujuk kepada AGC : Ketua Polis Negara

Mohd Khalid berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan bertanggungjawab terhadap Mohd Shuhaily kerana beliau ialah pegawai polis yang dipinjamkan untuk berkhidmat di AKPS

5:59 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Status kedudukan perkhidmatan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain sedang diteliti dan dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) sebelum keputusan dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong.

Menurut Ketua Polis Negara Tan Sri Mohd Khalid Ismail, pada masa sama, ia juga akan dibangkitkan kepada Suruhanjaya Pasukan Polis sebelum dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk mendapatkan perkenan bagi tindakan selanjutnya.

“Penugasan beliau di AKPS adalah untuk tempoh dua tahun (dan) ia seperti kontrak yang memerlukan perkenan Yang di-Pertuan Agong,” katanya, lapor Bernama.

Mohd Khalid berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan bertanggungjawab terhadap Mohd Shuhaily kerana beliau ialah pegawai polis yang dipinjamkan untuk berkhidmat di AKPS.

Setakat ini, Mohd Shuhaily masih berkhidmat di AKPS.

Sementara itu, Kementerian Dalam Negeri (KDN) menerusi kenyataan memaklumkan urusan perkhidmatan Mohd Shuhaily masih dalam proses untuk dimuktamadkan bagi memastikan ia dilaksanakan secara teratur mengikut peraturan dan tatacara yang berkuat kuasa.

Kementerian itu juga menegaskan bahawa kesinambungan operasi dan kelancaran pelaksanaan tugas AKPS menjadi antara keutamaan dalam menguruskan hal ehwal perkhidmatan pegawainya.

KDN memaklumkan AKPS yang baru memasuki tahun kedua penubuhannya memainkan peranan penting dalam memperkukuh pengurusan kawalan dan perlindungan sempadan negara.

“Kementerian akan terus memberikan keutamaan kepada aspek keselamatan sempadan, kelancaran urusan, perlindungan hasil negara serta integriti dan disiplin.

“Keutamaan KDN adalah untuk memastikan AKPS terus berupaya melaksanakan peranannya secara optimum demi menjamin keselamatan serta kedaulatan negara,” menurut kenyataan itu.

Pada 21 Okt, Mohd Shuhaily mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Sepang atas dua pertuduhan menyebabkan kecederaan ke atas dua anggota polis di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 28 Sept. – 28 Oktober, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Penugasan baharu Shuhaily dalam PDRM belum diputuskan : KPN

Mohd Khalid berkata sebarang tugasan dan tindakan susulan terhadap Shuhaily hanya boleh diambil selepas beliau kembali ke PDRM, namun setakat ini belum ada keputusan dibuat

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

◉ Related