Mimbar ingatkan bahaya fitnah, berita yang tidak disertakan bukti dan dalil harus ditolak

Kejayaan ummah hari ini adalah kejayaan menyelamatkan diri dari terjebak dengan perbalahan dan fitnah

4:29 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Umat Islam diingatkan supaya menghindari serta menolak tuduhan yang bersifat prasangka dan tidak sekali-kali menerima sesuatu perkara tanpa bukti atau sokongan yang kukuh.

Malah setiap berita yang tidak disertakan bukti atau dalil haruslah ditolak, demikian ingatan mimbar hari ini, yang turut memaklumkan bahawa kejayaan ummah hari ini adalah kejayaan menyelamatkan diri dari terjebak dengan perbalahan dan fitnah.

“Fitnah yang berlaku sebegini rupa disebut sebagai fitnah Syubhat yang bererti samar-samar atau tidak jelas.

“Dalam fitnah Syubhat, seseorang menjadi rosak ilmu dan keyakinannya sehingga menjadikan perkara makruf menjadi samar dengan kemungkaran, sementara kemungkaran sendiri tidak dihindari.

“Fitnah Syubhat merupakan fitnah paling berbahaya kerana kurangnya ilmu dan lemahnya pengamatan mata hati, ketika diiringi dengan niat buruk dan hawa nafsu maka timbullah fitnah besar dan keji,’’ demikian teks khutbah bertajuk Bahaya Fitnah yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) hari ini.

Teks berkenaan turut menyentuh tentang fitnah yang dilemparkan oleh pihak tertentu terhadap dasar dan tindakan yang diambil oleh kerajaan dan pihak berkuasa agama.

Ia termasuk tuduhan liar bahawa Majlis Agama Islam Selangor (Mais) menghalang usaha-usaha dakwah serta dakwaan pelaksanaan pemutihan sekolah-sekolah tahfiz swasta dan persendirian.

Dalam pada itu, khutbah Jumaat di Perak dan Wilayah Persekutuan pula menyentuh mengenai amalan menderma organ yang bukan sahaja dapat menyelamatkan nyawa malah mendapat pahala.

Teks khutbah yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Perak (JAIPK) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) pula menyebut bahawa amalan itu dapat menyelamatkan ramai pesakit yang mengalami kegagalan buah pinggang, hati, jantung dan sebagainya.

“Organ yang sihat amat diperlukan dan setelah mendapat persetujuan waris si mati dan sifat ihsan, bermurah hati serta niat untuk membantu menyelamatkan nyawa ini adalah asbab kepada kejayaan kaedah rawatan pemindahan organ.

“Islam mengharuskan usaha-usaha perubatan yang baik dalam menyelamatkan nyawa termasuk kaedah transplan dan pemindahan organ. Selain itu, semua pihak perlu mendalami ilmu dan maklumat berkaitan kaedah transplan dan pemindahan organ daripada sumber-sumber yang berautoriti.

“Ia bagi memastikan kita mendapat maklumat yang tepat,’’ kata teks khutbah itu yang meminta umat Islam supaya mengambil peluang untuk melakukan salah satu amal jariah yang baik serta menyelamatkan nyawa orang lain. – 8 September, 2023

Topics

Hangat

AstraZeneca announces global withdrawal of Covid-19 vaccine

Company says decision due to ‘surplus of available updated vaccines’ since pandemic

Fallen tree on Jalan Sultan Ismail belongs to Menara IMC, not DBKL, Zaliha clarifies

FT minister says uprooted tree in privately owned area

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

Related