HEADLINES

Mayat ditemukan dalam lori, polis tahan dua lelaki

Mayat lelaki itu dijumpai oleh adik perempuan lelaki berkenaan pada pukul 1.48 pagi dan telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk tindakan selanjutnya

7:02 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Polis menahan dua lelaki bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat seorang lelaki di dalam sebuah lori yang diparkir di kawasan tempat letak kereta di Danau Kota, Setapak di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Supt Ashari Abu Samah berkata mayat lelaki berumur 59 tahun itu dijumpai oleh adik perempuan lelaki berkenaan pada pukul 1.48 pagi, dan mayat telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk tindakan selanjutnya.

Beliau berkata hasil pemeriksaan mendapati terdapat kecederaan di bahagian telinga, bengkak di kepala dan pipi, luka di mata, lebam di bahagian bahu dan tulang dada pada mayat berkenaan, di samping kesan darah turut kelihatan pada bahagian mulut.

“Bertindak atas maklumat, sepasukan pegawai serta anggota Bahagian Siasatan Jenayah Khas Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju telah berjaya menahan dua lelaki berusia 36 dan 37 tahun di lokasi kejadian bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ashari berkata polis masih menjalankan siasatan berhubung punca kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. 

Beliau seterusnya memberi amaran keras agar orang ramai tidak membuat spekulasi dan menimbulkan provokasi berkaitan kejadian itu.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian ini diminta tampil membantu siasatan ke IPD Wangsa Maju di talian 03-92899222 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya. – 10 September, 2023

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

Singaporean mum in uphill battle in Johor shariah court after ex-husband abducts son

Daylin Limonte Alvarez faces complex legal hurdles in getting Malaysian Islamic court to enforce child custody order granted by republic

Related