◉ HEADLINES

Telco tandatangani perjanjian mengenai pemilikan ekuiti DNB dalam masa terdekat: Fahmi

Pada 21 Julai lalu, CelcomDigi, Maxis, Telekom Malaysia, U Mobile dan YTL Communications telah memuktamadkan rundingan pemilikan saham dalam DNB

9:48 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Semua syarikat telekomunikasi (telco) di negara ini dijangka menandatangani perjanjian langganan saham (SSA) mengenai pemilikan ekuiti dalam Digital Nasional Bhd (DNB) dalam masa terdekat, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.

Beliau berkata pelaksanaan rangkaian 5G di seluruh negara dapat dipercepatkan dengan penglibatan telco dalam SSA syarikat yang ditubuhkan kerajaan bagi memacu pembangunan rangkaian 5G negara. 

Katanya, liputan rangkaian 5G di kawasan berpenduduk di Malaysia telah mencecah 68.8 peratus setakat 31 Ogos lepas, dan dijangka mencapai 80 peratus menjelang hujung tahun ini.

“Paling lewat (untuk mencecah 80 peratus) mungkin pada Januari (tahun hadapan) jika semua berjalan dengan lancar,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Festival Sungai Klang, di sini hari ini. 

Pada 21 Julai lalu, Fahmi berkata CelcomDigi, Maxis, Telekom Malaysia, U Mobile dan YTL Communications telah memuktamadkan rundingan pemilikan saham dalam DNB, sekali gus menyokong pembangunan rangkaian 5G negara.

Dalam pada itu, Fahmi yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan mengingatkan semua pihak untuk tidak menggunakan retorik yang menyentuh sensitiviti 3R iaitu agama, bangsa dan institusi diraja ketika berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai nanti. 

Katanya, keputusan PRK bagi Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram di Johor, semalam, memihak kepada gabungan Pakatan Harapan-Barisan Nasional (PH-BN), yang memenangi kedua-dua kerusi itu, menunjukkan retorik sedemikian tidak lagi diterima pengundi.

“Sudah-sudahlah memainkan retorik perkauman sempit. Kita fokus kepada perpaduan dan usaha membangunkan negara,” katanya.

PRK DUN Pelangai diadakan ekoran kematian penyandangnya Datuk Seri Johari Harun, 53, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Pahang, akibat nahas pesawat jenis Beechcraft Model 390 (Premier 1) yang terhempas berdekatan Bandar Elmina di Shah Alam, Selangor pada 17 Ogos lepas. 

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari pengundian PRK DUN Pelangai pada 7 Oktober ini, manakala 3 Oktober sebagai hari mengundi awal dan penamaan calon pada 23 September ini. – 10 September, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Budget 2026: RM580m boost for sports development

Funding will strengthen elite programmes, prepare for the 2027 SEA and Asean Para Games, and upgrade facilities while expanding support for para-athletes

‘Tambah spot busking di Bukit Bintang’ Bob Sentuhan Buskers mohon DBKL beri pertimbangan

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) diminta menambah lagi ‘spot’ untuk pemuzik jalanan di ibu kota mengadakan persembahan terutama di kawasan sekitar Bukit Bintang yang menjadi tumpuan pelancong luar.

Noki K-Clique sedang mengenali seorang pelakon wanita, rancang berkahwin usia 30 pada tahun hadapan

Melihat rakan-rakan seperjuangan lain sudah mendirikan rumahtangga, ia membuatkan rapper dan juga pelakon, Noki K-Clique berasa tertekan serta mahu mengikut jejak langkah yang sama

◉ Related