HEADLINES

KKD akan bincang dengan telco, wujud pelan data lebih murah untuk penghantar p-hailing

Hasil perbincangan mengenai pakej pelan data itu akan diumumkan dalam masa terdekat sekiranya ia berjalan lancar

11:11 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) akan mengadakan perbincangan dengan syarikat telekomunikasi (telco) untuk meneliti dan mewujudkan pakej pelan data yang lebih murah khusus untuk golongan penghantar p-hailing.

Menterinya Fahmi Fadzil berkata hasil perbincangan mengenai pakej pelan data itu akan diumumkan dalam masa terdekat sekiranya ia berjalan lancar.

“Mereka yang terlibat dalam ekonomi gig termasuklah penghantar makanan yang kita selalu sebut sebagai barisan hadapan. Pada masa sama, ramai tertanya-tanya apa kerajaan boleh lakukan untuk bantu lebih ramai rakan (yang hilang kerja tetap) untuk turut sama terlibat dalam bidang ini.

“Oleh itu, saya sedang bincang dengan beberapa syarikat telco untuk mencari jalan dalam membantu golongan berkenaan dengan menyediakan pakej yang lebih murah. Kalau semua berjalan lancar, tidak lama lagi akan kita umumkan (pakej khas),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sebagai tetamu kehormat pratonton eksklusif siri mini #CedokLife terbitan secara kerjasama Grab Malaysia dan platform penstriman dalam talian iQIYI Malaysia di sini, malam ini.

#CedokLife yang berdasarkan kisah sebenar kehidupan harian penghantar p-hailing Grab bakal disiarkan di iQIYI secara percuma bermula 16 September ini sempena sambutan Hari Malaysia.

Sementara itu, Fahmi dalam sidang media selepas program berkenaan berkata KKD turut dalam perbincangan dengan syarikat platform penstriman untuk meneliti undang-undang yang memberi lebih banyak peluang kepada penerbit dan industri filem tempatan.

Katanya, ini adalah untuk memastikan platform penstriman dalam talian menghasilkan kandungan buatan dalam negara dengan peratusan tertentu.

“Kalau di Australia sedang dibincangkan perkara ini dan beberapa platform telah ada bayangan berapa peratus daripada kandungan yang wajib dihasilkan, jadi kita sedang meneliti perkara ini kerana ia dapat memberi peluang lebih banyak kepada penerbit dan industri filem,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas hantaran Facebook Presiden Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia Datuk Jurey Latiff Rosli mengenai situasi kurang peluang pekerjaan penggiat industri kreatif televisyen. – 12 September, 2023

Topics

 

Hangat

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

‘Robbed again’: Johor Orang Asli accuse trustees of misusing RM6mil from land compensation fund

Linggiu Valley community files MACC report, claiming decades-old RM38.5mil trust meant for their families has been abused repeatedly

Govt to develop 102-acre Kota Madani in Putrajaya as model people-first city: PM

First phase to include 3,000 homes and high-rise school by 2027 under integrated urban plan 

Related