HEADLINES

PAC teruskan pendengaran Pengurusan Lapangan Terbang Awam

PAC telah memulakan prosiding berhubung isu itu pada 17 Februari lalu dan setakat ini lapan prosiding sudah diadakan

3:03 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) komited meneruskan prosiding berhubung Pengurusan Lapangan Terbang Awam walaupun Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) menjadi milikan penuh konsortium Gateway Development Alliance (GDA) yang diterajui Khazanah Nasional pada 22 Februari lalu.

Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, PAC telah memulakan prosiding berhubung isu itu pada 17 Februari lalu dan setakat ini lapan prosiding sudah diadakan.

PAC juga, katanya telah memanggil semula beberapa saksi daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Khazanah Nasional pada 3 dan 4 Jun lalu.

Ujar beliau, ia bagi memberikan penjelasan dan keterangan terhadap beberapa isu berbangkit yang didapati daripada prosiding sebelum ini.

“Antara saksi berkenaan ialah mantan Pengerusi KWSP, Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir; Ketua Pegawai Pelaburan KWSP, Rohaya Yusof; Ahli Lembaga Pengarah, Khazanah Nasional Berhad, Goh Ching Yin; serta Pengarah Eksekutif, Khazanah Nasional Berhad, Wong Shu Hsien.

“Walaupun, isu ini tidak dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN), PAC mengingatkan semua saksi yang dipanggil supaya memberikan kerjasama dengan hadir bagi memberikan penjelasan dan keterangan di hadapan Jawatankuasa ini,’’ katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada Februari lalu, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mempersoal tindakan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) untuk memanggil beliau susulan dakwaan kerugian RM500 juta dalam urus niaga saham Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).

Loke berkata PAC perlu menggunakan saluran yang betul apabila ingin mendapatkan sebarang penjelasan daripada kementeriannya termasuk mengenai penjualan saham MAHB.

Jelasnya, MAHB adalah sebuah syarikat tersenarai dan tidak berada di bawah Kementerian Pengangkutan justeru soal pemilikan ekuiti MAHB oleh institusi termasuk Khazanah Nasional Bhd dan KWSP diuruskan oleh pengurus dana institusi tersebut.

“Dalam kes yang disebutkan itu, ia merujuk kepada KWSP. Jadi kalau nak tanya penjelasan, tanyalah KWSP, bukan kementerian saya,” katanya.

Dalam pada itu, Mas Ermieyati berkata, bagi prosiding MAHB ini, PAC menggunakan punca kuasa Peraturan Mesyuarat (PM) 77(1)(d) Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat (PPMMDR).

“Ia juga menggunakan punca kuasa PM 83(2) PPMMDR; Arahan Perbendaharaan 301 (Pindaan) 2023 dan Seksyen 5(3)(d), Pekeliling Am No. 1 Tahun 2024 Organisasi Kementerian-Kementerian, Jabatan Perdana Menteri,” katanya. – 5 Jun, 2025

Topics

 

Hangat

Malaysia breaks 11-year losing streak against Vietnam with impressive 4-0 victory

The national team showed effective teamwork and fast-paced plays that kept their opponents under pressure

FIFA slams FAM: Forged documents, fines and 12-month suspension rattles Malaysian football

World football’s governing body has sanctioned the Football Association of Malaysia (FAM) and seven naturalised players for using falsified documents to secure eligibility in the Asian Cup qualifier against Vietnam in June

Budget 2026: Anwar unveils RM1.2b to revive heritage buildings and transform KL’s hawker centres, peoples’ housing

The 2026 Budget allocates funds for historic restorations, urban upgrades, and a renewed commitment to cultural preservation and inclusive city living

Related