HEADLINES

Anwar tiba di Singapura untuk lawatan kerja sehari

10:57 AM MYT

 

SINGAPURA – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Singapura hari ini untuk lawatan kerja sehari yang padat.

Pesawat membawa Perdana Menteri yang diiringi isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mendarat di Kompleks VIP, Lapangan Terbang Antarabangsa Changi pada 10.30 pagi.

Beliau disambut oleh Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Singapura Datuk Dr Azfar Mohamad Mustafar.

Kementerian Luar republik itu hari ini memaklumkan Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong dan isterinya akan menjadi hos kepada Anwar dan Dr Wan Azizah pada majlis minum petang.

Kali pertama lawatan Anwar sebagai Perdana Menteri ke negara itu adalah pada Januari lepas.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berada di Singapura untuk menyertai dua sesi khas pada Sidang Kemuncak Asia ke-10 Milken Institute.

Sesi satu jam pertama iaitu A Conversation with the Prime Minister of Malaysia akan dikendalikan oleh pengacara dan ketua koresponden antarabangsa untuk Asia Tenggara, Bloomberg Haslinda Amin.

Kemudian, diikuti dengan sesi 45 minit lagi, Malaysia’s Investment Outlook: A Conversation between YAB Prime Minister and Global Investors dengan Pengerusi Asia Milken Institute Robin Hu sebagai moderator.

Badan pemikir Milken Institute yang berpangkalan di California merupakan badan bukan berasaskan keuntungan dan tidak berpihak, menumpukan kepada mempercepatkan kemajuan untuk kehidupan yang bermakna. – 13 September, 2023

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

End of an era: Ex-Malaysia Airlines A380 faces dismantling in French scrapyard

Once a long-haul icon, the superjumbo is being dismantled for prized components as the airline modernises its fleet with fuel-efficient jets

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Related