◉ HEADLINES

Penahanan Chegubard tiada kaitan Himpunan Selamatkan Malaysia: Bukit Aman

Aktivis pembangkang itu ditahan kira-kira jam 8 malam kerana enggan bekerjasama dengan polis

11:56 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ahli Jawatankuasa Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegubard, ditahan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.

Pengarahnya, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, Badrul ditahan kira-kira jam 8 malam kerana enggan bekerjasama dengan polis.

Dia sebelum ini diarahkan untuk menghadiri siasatan mengikut Seksyen 111 Kanun Tatacara Jenayah pada 9 Julai lalu.

Shuhaily juga menegaskan bahawa penahanan itu tiada kaitan dengan perhimpunan yang dirancang Perikatan Nasional (PN) Sabtu ini.

“Polis ingin menegaskan bahawa penahanan (Badrul) tiada kaitan dengan perhimpunan yang diadakan sekumpulan individu pada 16 September ini.

“Polis menggesa orang ramai supaya menjadi pengguna media sosial yang berhemah, dan tidak menggunakan platform sehingga menimbulkan panik orang ramai, dan mengancam keharmonian negara,” katanya pada sidang media, hari ini.

Tambah beliau, mereka yang sengaja menggugat keselamatan dan keharmonian awam akan berdepan tindakan tegas tanpa sebarang kompromi.

Pada 21 Jun lalu, polis membuka kertas siasatan terhadap Badrul berdasarkan video dia mengeluarkan kenyataan berhubung rundingan konflik Malaysia-Indonesia membabitkan blok lautan Ambalat.

Badrul didakwa berkata, Perdana Menteri “menyerahkan” Blok Ambalat yang kaya dengan minyak mentah kepada Indonesia.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Himpunan yang berlangsung di Kg Baru Sabtu ini adalah bagi membantah Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang dilepas tetapi tidak dibebaskan (DNAA) daripada 47 pertuduhan di mahkamah.

Bagaimanapun, tidak jelas sama ada penganjur telah memohon kepada polis untuk mendapatkan permit bagi menganjurkan perhimpunan di lokasi itu.

Semalam, polis mengesahkan masih belum menerima sebarang permohonan untuk mengadakan Himpunan Selamatkan Malaysia yang dirancang di ibu negara.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, peruntukan dalam Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman 2012 memerlukan permohonan permit dibuat sekurang-kurangnya lima hari sebelum tarikh perhimpunan diadakan. – 15 September 2023

Topics

 

◉ Hangat

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

Malaysia Airlines, SIA join rush to cancel Middle East flights as Iran-US-Israel strikes escalate

More countries announce airspace closures as carriers suspend flights on Feb 28 and March 1, passengers reminded to check for updates on subsequent flights

Melaka schools to reopen on Oct 12 as API readings fall below 100

Air quality readings at all three monitoring stations in the state remain in the moderate range, with parents advised to monitor their children's health

◉ Related